30 March 2010

Pendedahan Anwar Mengenai Apco Worldwide



Peranan Apco Worldwide di Malaysia sudah bermula sebelum firma perunding antarabangsa itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Umno Barisan Nasional, melalui syarikat Mind Team Sdn Bhd.

Pendedahan tersebut dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat pagi ini secara panjang lebar, lengkap dengan dokumen sokongan termasuk salinan perjanjian.

Ketua Pembangkang itu menganggap penglibatan Apco Worldwide yang didalangi ramai individu Israel termasuk pakar perisikan, di Malaysia sebagai ancaman nasional dan berbahaya kepada negara serta rakyat keseluruhan.

Anwar juga mendedahkan perkaitan antara Apco Worldwide dengan Perdana Menteri jelas berikutan antara yang menandatangani perjanjian itu ialah Setiausaha kepada Datuk Seri Najib Razak.

1 comment:

Anonymous said...

Seluruh rakyat Malaysia semestinya berasa bimbang kerana negara kini sedang membuka pintu mengundang kemusnahan. Malaysia akan kembali terjajah dan penjajahan ini akan lebih kejam dari penjajahan kolonial yang pernah dilalui selama lebih 400 tahun sebelum mencapai kemerdekaan. Sedarlah rakyat Malaysia terutama golongan generasi muda yang bakal mengambil teraju pemerintahan sesudah pemimpin masa kini yang bakal berundur! Siapa sebenarnya pengkhianat bangsa. Mula-mula perlembagaan hendak dipinda sehingga Sultan dan Raja-raja Melayu hendak dimansuhkan kekebalannya. Kemudia bahasa Melayu pula hendak disingkir apabila PSMI mahu dilaksanakan. Kini Perkasa pula muncul kononnya bertujuan bagi memperkasakan ketuanan Melayu yang kian menjunam!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin