14 March 2010

PAS Akan Bawa Permasalahan Mat Rempit Ke Sidang DUN - Terengganu



(Gambar - Ustaz Wan Hassan (baju biru muda) melepaskan peserta Panduria 2010, disebelahnya adalah Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Mohd Dahlan Mohd Nor)

PAS Mendidik Pemuda Menghormati dan Mematuhi Undang-undang di Jalanraya

DUNGUN – Parti Islam Se Malaysia (PAS) sentiasa mendidik ahli-ahlinya terutama dikalangan Pemuda menghormati dan mematuhi undang-undang dijalanraya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata program Panduria sebagaimana yang diadakan oleh pemuda DUN Sura adalah satu contoh usaha PAS tersebut.

“Sebab itu program yang disusun ini (Panduria) ialah supaya para pemuda ada mempunyai jati diri mengetahui kepentingan peraturan, kepentingan untuk melaksanakan sesuatu berdasarkan saluran yang betul dan benar.

“Di antara sifat semulajadi pemuda ialah gemar untuk berkawan. Di antaranya bermotosikal, diantaranya ialah beriadah, berekreasi. Islam tidak melarang itu semua. Tetapi mestilah di unjurkan ke arah kebaikan,”katanya ketika berucap merasmikan program Panduria 2010, semalam.

Menurutnya melalui program Panduria, PAS dapat menghasilkan pemuda yang memahami bahawa mereka adalah sebahagian daripada masyarakat pengguna jalan raya.

Katanya, PAS DUN Sura telah berjaya menjadikannya sebagai acara tahunan, dan kali ini ia merupakan tahun yang kedua diadakan dengan ‘pelbagai’ pemuda yang menyertainya.

Dengan itu, katanya, para pemuda dapat mengelak daripada unsur-unsur negatif dan pandangan serong sesetengah daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap para pemuda.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun berkata, pandangan negatif masyarakat menyebabakn timbulnya persepsi bahawa semua pemuda yang bermotosikal itu adalah ‘Mat Rempit’.

“Pernah berlaku satu kes, seorang pelajar , berlaku (telah ditimpa) kemalangan, (dan) dibawa ke hospital,

“(namun) tidak segera diberi rawatan, kerana (pelajar univiversiti itu) dianggap mat rempit,”ujarnya.

Katanya, sekiranya ia berlaku sedemikian, is bermakna, suatu masalah yang sangat besar telah berlaku dalam masyarakat masa kini.

Justeru, atas keprihatinan itu, beliau berkata, PAS akan membawa persoalan ‘Mat Rempit’ ke dalam sidang DUN yang akan bersidang 5,6,7, dan 8 april depan.

“Kita (PAS) akan mengemukakan soalan, bagaimanakah usaha kerajaan negeri menangani, mengatasi masalah mat rempit,

“kita (PAS) nak tanya sejauhmana usaha kerajaan negeri? Adakah telah dibuat satu permuafakatan dengan pihak keselamatan?

“ataupun mereka sendiri (pihak kerajaan) ada (menganjurkan) kursus-kursus motivasi yang perlu dan sebagainya,”jelasnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Dun Sura dan seluruh ahli jawatankuasa program Panduria serta pihak polis yang telah memberikan kerjasama menjayakan Panduria 2010.

“Saya ucap terima kasih juga kepada ketua Polis daerah Dungun, (khususnya) Supritendan Mohd Dahlan Mohd Noor kerana sudi untuk bersama dalam majlis perasmian pada pagi ini, mudah-mudahan kesinambungan hubungan ini akan berterusan,”katanya. BO

1 comment:

Anonymous said...

KJ tu mat rempit, tak joint ka?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin