27 March 2010

Pakatan Mulakan Kempen Di Hulu Selangor



Selamatkan Malaysia Rally at Hulu Selangor 26/03/2010

Pakatan Rakyat memulakan kempennya malam tadi untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan perhimpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Majlis yang dinamakan “kempen selamatkan negara” itu, menyaksikan Kuala Kubu Bharu sesak dengan kenderaan orang ramai yang datang, termasuk dari luar Kuala Kubu Bharu.

Ada yang datang dari Tanjung Malim dan sejauh Sungai Besar, Perak. Mereka termasuk 50 orang yang menyewa bas dari sebuah ested di Tanjung Malim untuk datang menghadiri majlis malam tadi. - anwaribrahimblog

1 comment:

mat said...

Aku nak tanya satu je - Hasan Ali nak buat apa? Nak bantu kempen Pakatan Rakyat atau cetuskan satu lagi huru hara?
Maklum lah pimpinan PAS dah menunjukkan secara jelas (walau cuba sembunyi) keinginannya berpolitik assabiyah melayu secara berselindung dibelakang Islam; jadi aku tunggu lah apa yang akan dilakukan Hasan Ali ini.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin