03 March 2010

MP PAS sepakat melaksanakan amanah Rakyat

Kenyataan Media 3 Mac 2010

Kami Ahli-Ahli Parlimen PAS dengan tegasnya ingin menyatakan yang kami sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Kami sedar bahawa rakyat mengundi kami kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.

Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.

Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.

Kami menyeru kepada masyarakat dan rakyat untuk bersama kami dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang setia dengan perjuangan menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.

Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

————————————–
Nota: MP PAS terdiri daripada

Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang),
Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok),
Salahuddin Ayub (Kubang Kerian),
Dato’ Mahfuz Omar (Pokok Sena),
Dato’ Abdul Halim b Abdul Rahman (Pengkalan Chepa),
Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai),
Dato’ Kamarudin Jaffar (Tumpat),
Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),
Puan Siti Zailah bt Mohd Yusof (Rantau Panjang),
Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja),
Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor),
Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (Baling),
Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat),
Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang),
Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu),
Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu),
Ustaz Muhammad Husin (Pasir Puteh),
Khalid Samad (Shah Alam),
Che Uda Che Nik (Sik),
Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai),
Ustaz Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap),
Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar),
Dato’ Dr Mohd Hayati bin Othman (Pendang)

Ahli Dewan Negara terdiri
Muhammad Yusof Husin (Kedah),
Ahmad Rosli Ibrahim (Kelantan),
Puan Mumtaz bt Md Nawi (Kelantan)

Dikeluarkan oleh Sekretariat MP PAS
email: parlimen.pas@gmail.com

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin