14 March 2010

Masyarakat Tionghua Bersama Pakatan Rakyat bagi menuntut perubahan dan keadilan - Tian Chua



KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Batu, yang juga Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin masyarakat Tionghua Terengganu bergerak seiring dengan arus perubahan politik negara.

Beliau bersama rombongannya yang terdiri daripada Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar, Ketua Penerangan PKR Selangor, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew dan Kordinator Media, Ginnie Lim, telah melawat Tokong Ho Ann Kiong yang terbakar baru-baru ini.

Tian Chua berkata tujuannya datang ke Kuala Terengganu selain dari melawat Tokong tersebyt adalah untuk memberikan penerangan kepada masyarakat Cina Kuala Terengganu.

Antara isu yang utama, kata beliau, adalah tentang perbicaraan Liwat Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta memberi kesedaran tentang isu royalti minyak yang dinafikan kerajaan Pusat.

Katanya, beliau sedang dalam rangka lawatan kenegri-negeri bagi menjalankan kempen yang di beri tema ‘SELAMATKAN MALAYSIA’.

“Kempen ini diberi nama ‘Selamatkan Malaysia’ termasuk beberapa perkara iaitu penerangan tentang perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan krisis yang melanda negraa kita,

“dan juga isu royalti minyak yang dinafikan oleh kerajaan pusat keatas negeri Terengganu dan Kelantan,

“sebab itu rakyat perlu memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat,”katanya ketika bercakap kepada Buletinonline.

Beliau percaya, masyarakat Cina di Kuala Terengganu tidak ketinggalan dengan arus politik Negara yang merasai bahawa Malaysia adalah tempat tumpah darah mereka yang perlu dibuat satu perubahan.

“Sebagai contoh, lihat gambar-gambar dikedai ini dimana datuk nenek moyang mereka telah datang ke sini sejak 200 tahun yang lalu, mereka sudah tinggal lama disini,”katanya sambil menunjukkan gambar-gambar yang tergantung di dinding kedai Madam Bee, dimana tabung Tokong Pembinaan semula Tokong Ho Ann Kiong diletakkan.

Justeru, beliau yakin masyarakat Cina Kuala Terengganu bersama-sama Pakatan Rakyat bagi menuntut perubahan dan keadilan untuk semua kaum.

Beliau memaklumkan, rombongan tersebut akan turut mengadakan majlis makan malam bersama masyarakat Cina sambil mengutip derma untuk pembinaan Tokong dan mengadakan satu ceramah penerangan di Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin