10 March 2010

Mahkamah tangguh Kes qazaf Anwar ke 14 April



Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 14 April untuk membuat keputusan berhubung bantahan awal pihak pembelaan terhadap kes qazaf difailkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Mohd Shukor Sabudin menetapkan demikian selepas mendengar hujah peguam kedua belah pihak di mahkamah pagi ini.

Sebelum ini, mahkamah menangguhkan sebutan semula kes pada hari ini kerana peguam-peguam Anwar tidak dapat mengemukakan afidavit balas terhadap bantahan awal yang dibuat pihak pembelaan.

Pihak pembelaan yang diketuai peguam Zainul Rijal Abu Bakar mengemukakan bantahan awal sebelum sambutan Tahun Baru Cina berdasarkan tiga isu terhadap permohonan Anwar itu.

Tiga isu itu ialah mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah yang akan mendengar kes ini, prosedur permohonan yang tidak dibuat mengikut Akta Prosedur Mal 1998 serta kelayakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, untuk mewakili Anwar.

Anwar memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat “tuduhan palsu terhadapnya”.

Anwar, 62, berdepan dengan tuduhan meliwat Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese