15 March 2010

Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia



Najib Lantik Perunding Yahudi Bantu Urus Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud wujud bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata tindakan pemimpin-pemimpin Umno menggunakan khidmat syarikat atau perunding Yahudi bukanlah perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

"Orang kata "Anwar, mereka keji kamu, mereka fitnah kamu, mengapa kamu fitnah balik?". Tidak, saya tidak akan sebut kalau saya tidak ada bukti," kata Anwar.

"Datuk Seri Najib lantik syarikat Yahudi bernama APCO. Saudara-saudari boleh layar internet dan selidik apa dan siapa APCO ini - sebuah syarikat perunding Yahudi. Siapa penasihat utamanya kalau bukan bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman," tambah beliau.

"Untuk menjadi Duta Israel ke Amerika Syarikat dan Jerman, haruslah menjadi Zionis yang keras. Orang-orang seperti inilah yang mengasaskan APCO, yang antara peranannya adalah menasihatkan diktator, pemimpin-pemimpin dan pandangan kelompok Yahudi," tegas beliau.

Datuk Seri Anwar berucap kepada ribuan orang di Dewan Che Yang Khor, Pangkalan Assam, di Kangar, Perlis.

Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana APCO menjual idea yang telah di guna pakai di Israel untuk memulakan program 1Malaysia tajaan Najib Razak.

"Antara yang dinasihati APCO ini adalah Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. Apa nasihat mereka kepada beliau pada masa itu? Mereka nasihatkan Ehud Barak supaya perkenalkan slogan Satu Israel," jelas Anwar.

"Tahun 2009, Najib lantik APCO sebagai penasihat. Nasihat yang sama juga diberikan kepada Najib. Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia. Berapa belanjanya? RM60 juta ringgit," tambah lagi.

Anwar berkata tindakan Najib menggunakan APCO menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai Negara Islam.

"Saudara, keangkuhan Umno sudah sampai kepada kemuncaknya. Berani sungguh sebuah negara Islam lantik APCO seabgai penasihatnya. Seteruk-teruk negara Islam lain, tidak pernah yang sampai ke tahap ini. Umno sanggup, kerana mereka ingat orang Melayu boleh diperbodohkan," kata Anwar.

"Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada kita," katanya lagi.

Pada ceramah ini Datuk Seri Anwar juga menggesa rakyat supaya waspada terhadap cubaan berterusan Umno untuk meniupkan sentimen perkauman dalam usaha meraih sokongan orang Melayu

"Mereka turun ke bawah tuding jari mereka kata orang itu Yahudi, orang ini Cina, orang ini khianat Melayu walhal penasihat mereka APCO," kata Anwar.

"Dahulu Mahathir bayar taukey judi Yahudi sebab mahu berbaik dengan Presiden George Bush, sekarang APCO buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sebagai penasihat kepada Najib dan Rosmah," tegas beliau. TVS

3 comments:

Anonymous said...

kelmarin aku berbual panjang dengan 2 orang veteran umno. antara yang mereka cakap ialah berkenaan dengan 1 malaysia yang mereka juga tak setuju. mereka kata ia menjurus sebagaimana malayan union! seperkara lagi yang mereka cakap ialah mengenai nasib dato sri utama dr rais yatim yang mulanya tidak tersenarai dalam kabinet najib. sebab rais tu adalah bekas timbalan presiden s46 dan agak senior daripada najib; susah sikit najib nak laksanakan dasar. penyelamat rais ialah isterinya datin masnah yang pergi berbisik dengan datin seri rosmah agar najib turut menyenaraikan nama rais. patutlah hamid albar dengan mat taib lepas ke tepi. adnan mansor juga macam tu.

Anonymous said...

kelmarin aku berbual panjang dengan 2 orang veteran umno. antara yang mereka cakap ialah berkenaan dengan 1 malaysia yang mereka juga tak setuju. mereka kata ia menjurus sebagaimana malayan union! seperkara lagi yang mereka cakap ialah mengenai nasib dato sri utama dr rais yatim yang mulanya tidak tersenarai dalam kabinet najib. sebab rais tu adalah bekas timbalan presiden s46 dan agak senior daripada najib; susah sikit najib nak laksanakan dasar. penyelamat rais ialah isterinya datin masnah yang pergi berbisik dengan datin seri rosmah agar najib turut menyenaraikan nama rais. patutlah hamid albar dengan mat taib lepas ke tepi. adnan mansor juga macam tu.

Anonymous said...

he style has lived much longer than its Abercrombie clothing counterparts from the 1980s; it may be because of its relatively abercrombie Jeans inoffensive style or because people just love Abercrombie Pants animals, but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet Abercrombie Tees sets in a cheetah print. These are common enough that you could even go to a department store and find them, Abercrombie Shorts so you should have no problem finding cheetah printed sheets and blankets if they are what you are looking for. These can be a great accent to a more contemporary home theme Abercrombie Sweaters , though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin