04 March 2010
Anwar sanggah kenyataan Mohsin - pendekatan liberal beragama tidak membawa padah
Pakatan's stance on Islamic issues 'not suicidal'
Pendekatan liberal Pakatan Rakyat seperti dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan hukuman sebatan syarie ke atas model Kartika Sari Dewi Shukarnor tidak akan membawa padah.
Sebaliknya, menurut Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Pakatan Rakyat akan berkeras menolak isu perkauman dan agama dieksploitasikan bagi kepentingan politik.
Bagaimanapun, dalam perkembangan hari ini ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumum keluar PKR kerana tidak puas hati dengan sikap partinya yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
“Apabila membicarakan isu teologi atau isu kepercayaan, ia bukan keputusan politik. Ia seharusnya keputusan yang betul,” katanya kepada Malaysiakini.
Memetik sabda Nabi Muhammad SAW dan juga penyanyi dangdut sensasi Indonesia, Inul Daratista, beliau berkata adalah lebih berdosa bagi menghukum golongan miskin dan teraniaya bagi menutup jenayah yang dilakukan oleh golongan kaya dan terkenal.
Menurut Anwar, pendekatan liberal itu langsung tidak bercanggah dengan pendiriannya untuk mengislamkan negara ketika berada di kerajaan dahulu.
Katanya lagi, proses mengislamkan negara tidak boleh disamakan dengan fahaman konservatif. Ia adalah proses memahami nilai-nilai Islam seperti kebenaran, keadilan, ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Anwar juga membidas elemen pelampau kanan yang menular ketika ini dalam Barisan Nasional yang cuba menyemai benih-benih kebencian di kalangan penduduk berbilang bangsa dan agama di negara ini melalui media yang dikawal mereka seperti Utusan Malaysia. -malaysiakini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment