03 March 2010

Ahli Parlimen Bagan Serai Pula Keluar PKR

Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi dan menjadi wakil rakyat Bebas serta merta.

Beliau membuat pengumuman itu dengan dihadiri oleh bekas Setiausaha Agong PKR, Datuk Sallehuddin Hashim sebentar tadi.

Desas-desus bahawa Ahli Palimen Bagan Serai itu akan meninggalkan PKR telah lama tersebar luas iaiatu semenjak pertengahan tahun lepas dimana beliau dikatakan ada masalah dengan Ketua Bahagiannya.

Mohsin Fadzli Samsuri merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti sebanyak 3,413 undi. Beliau memperolehi 18,943 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,530 undi.

2 comments:

Anonymous said...

Suatu ketika dahulu wakil rakyat PAS di Kedah, Said Yasin (Allahyarham) keluar dari parti yang diraih kemenangan (PAS)dengan majoriti besar sebelum pilihan umum. Keputusan PRU yang ditandinginya dia kalah. Para katak ni bakal hilang nama mereka dari senarai pencalonan dan mungkin ada krisis dalam UMNO nanti. Kita tengoklah.

Anonymous said...

Ini apa yang Syed Husin akan kata....kalau fairus mintak 15000..salehudin 50000...MP Bagan Serai pulak mintak 1juta tetapi PKR tak mampu...lalu MP Bagan Serai ini melalui Salehudin mintak pulak daripada Najibbb...dan lolosss...dia pun jadi katakkk...

Lu pikirlahhh ...jangan dok caghi salah oh=ghang ajee...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese