![](http://freemalaysiatoday.com/bahasa/wp-content/uploads/2010/02/Raja_Azman_Raja_Petra_thumb1.jpg)
Kesimpulan ini dibuat setelah Pesuruhjaya Suruhajaya Hak Asasi Manusia, Datuk N. Siva Subramaniam melakukan siasatan dipenjara tersebut pagi tadi.
Datuk Siva berkata ketegangan yang berlaku antara Raja Azman dan warden penjara mendorong anak editor portal berita MalaysiaToday itu bertindak mengancam nyawa beliau sendiri.
Langkah warden mengasingkan beliau dari banduan lain menambahkan tekanan emosi ke atas Raja Azman, 32 tahun.
"Tiada orang lain mencederakan beliau cumanya tekanan diterima warden penjara mengasingkan beliau menyebabkan beliau menelan pisau cukur itu untuk menunjukkan beliau tidak berpuas hati tindakan warden.
"Raja Azman menyatakan beliau sendiri mengambil keputusan menelan pisau cukur itu kerana tertekan tindakan yang dilakukan warden penjara yang tidak berlaku adil padanya," jelas Datuk Siva padan sidang media di Penjara Sungai Buloh selepas membua
lawatan bagi melihat keadaan Raja Azman.
Hasil siasatan Suhakam dan pihak penjara Sungai Buloh berhubung kes isolasi Raja Azman mendapati beliau melanggar peraturan penjara menyebabkan berlaku perbalahan dengan warden.
"Warden terpaksa mengasingkan beliau kerana melanggar peraturan dan apabila ditanya pada Raja Azman beliau mengakui perkara itu tetapi tekanan pengasingan tersebut membuatkan emosi beliau terganggu.
"Raja Azman calarkan tangan kiri beliau sebelum menelan dua belah pisau itu menyebabkan beliau rebah dan terus dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk rawatan.
"Suhakam melihat tidak ada unsur jahat pihak lain melakukan kecederaan pada Raja Azman," ujar beliau.
Datuk Siva berkata keadaan kesihatan Raja Azman adalah baik dan telah pulih sepenuhnya tetapi masih menerima rawatan susulan daripada dua orang doktor.
"Kedua-dua pisau cukur keluar sendiri tanpa sebarang kecederaan dalaman kepada Raja Azman dan pihak Penjara Sungai Buloh menyatakan layanan adil diberikan kepada Raja Azman bersama banduan lain," katanya. - Qayum Rahman
No comments:
Post a Comment