22 February 2010

‘Salah Urus’ Menyebabkan Pembaziran di Tasik Kenyir



HULU TERENGGANU – PAS menyifatkan sesetengah pembangunan yang dirancang untuk dibangunkan di Tasek Kenyir adalah baik, namun terdapat banyak ‘salah urus’ yang dilakukan dalam perlaksanaan projek-projek berkenaan, menyebabkan berlaku penyelewengan dan pembaziran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke beberapa pulau yang dikatakan sedang dilaksanakan projek-projek pembangunan, disini, semalam 21 Februari.
”Antara yang paling jelas kelihatan, sebaik kita turun di pengkalan Gawi adalah dua buah Jong atau perahu besar,

”saya dimaklumkan dua buah perahu besar tersebut dibeli dengan harga RM1 juta, namun ia tidak boleh digunakan di Tasek Kenyir,”ujarnya.

Menurutnya,beliau dimaklumkan, kedua-dua perahu besar itu kini hanya tersadai dan menjadikan ia suatu pembaziran wang rakyat.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan pembelian dua buah feri untuk digunakan bagi program ‘Kenyir Island Hoping’ (KIH) yang berharga RM1 juta setiap satu.

”Beli feri atau kapal untuk pengangkutan tak apa, tapi beli dengan harga sejuta (ringgit) setiap satu, itu menimbulkan persoalan,”katanya.

Dalam perkembangan yang sama, katanya, beliau dimaklumkan terdapat sebuah feri atau kapal yang seumpama itu, yang dibeli dengan harga RM800,000, namun telah mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan.

”Ini beberapa contoh, yang saya sifatkan sebagai ‘salah urus’ yang perlu di ambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan,

”tindakan pihak yang membuat keputusan dan pihak yang mengurus tersebut tidak merugikan agensi berkenaan, namun ia merugikan kerajaan dan rakyat,”jelasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang berkenaan memberikan penjelasan, supaya rakyat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

”Mengapa beli dua buah perahu besar dan diletakkan di Kenyir sedangkan kita tahu, ia perlukan angina untuk bergerak, angina yang bertiup di Tasik Kenyir tidak kencang,

”mengapa keputusan membeli feri yang sedemikian dibuat, mengapa tidak membeli

feri biasa atau bentuk yang lain,”soalnya.

Beliau menggesa pihak-pihak yang berkenaan supaya bersikap telus dan bertanggungjawab, kerana menurutnya, setiap sen yang dibelanjakan adalah wang rakyat.

”Kita tidak mahu dengar pula kes-kes ‘tenggelam’ di Tasek Kenyir nanti, sebagaimana kita mendengar kes-kes ‘runtuhan’ didaratan sepanjang tahun lalu,”katanya. BO

1 comment:

Anonymous said...

he style has lived much longer than its Abercrombie clothing counterparts from the 1980s; it may be because of its relatively abercrombie Jeans inoffensive style or because people just love Abercrombie Pants animals, but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet Abercrombie Tees sets in a cheetah print. These are common enough that you could even go to a department store and find them, Abercrombie Shorts so you should have no problem finding cheetah printed sheets and blankets if they are what you are looking for. These can be a great accent to a more contemporary home theme Abercrombie Sweaters , though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin