22 February 2010

GMI, Suaram Tuntut Tahanan ISA Dibenar Bertemu Keluarga



‘Allow ISA detainees to meet family members, lawyers’

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mengulangi desakan kepada polis supaya membenar tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertemu ahli keluarga dan peguam.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, mesej itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata, memorandum itu bagaimanapun hanya dapat diserahkan kepada wakil Musa iaitu Pegawai Perhubungan Bukit Aman, Cif Inspektor Mohd Zaki Abu Bakar.

"Kita dapati beberapa tahanan ISA termasuk warga asing dilarang bertemu ahli keluarga dan dinafikan hak memperoleh bantuan guaman sepanjang ditahan selama 31 hari," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai delegasi 10 ahli GMI dan wakil Suaram bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Sementara itu, peguam, Syahredzan Johan berkata, permohonan habeas corpus sudah difail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ia akan didengar pada 10 Mac ini. Bernama

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese