06 February 2010
MB ' Borek' SETPOL 'Rintik'
KUALA TERENGGANU – Pepatah Melayu menggambar seorang anak yang saling tak tumpah berperangai seperti bapanya, ataupun sebaliknya, ‘Bapa Borek Anak Rintik’ boleh di umpamakan kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said dan Setiausaha Politiknya, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
Presiden sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Encik Mazlan Aliman menyifatkan tindakan Ahmad Said dan Ahmad Nizam kurang sopan dan memalukan rakyat.
Katanya sikap kurang sopan kedua-dua pemimpin Umno dan kerajaan negeri tersebut turut memalukan warga Felda seluruh Negara yang berjumlah 1.6 juta orang.
“Pada saya, hari ini masyarakat Felda dimalukan dengan perangai pegawai-pegawai mereka (Setiausaha Politik) dan Menteri Besar (Ahmad) sendiri.
“Apa salahnya, beri masa seminit-dua secara bersopan dan terima secara baik,” ujarnya dengan nada kesal.
Kejadian Wan Ahmad Nizam menyindir serta memperlekehkan Yang Dipertua PAS Kemaman, Ismail Harun dikhalayak ramai mengejutkan semua pihak.
Saksi-saksi yang melihat kejadian itu ‘menggeleng kepala’ dengan perangai Ahmad Nizam mengherdik seorang pemimpin PAS di hadapan khalayak ramai.
Namun begitu, Pemimpin PAS tersebut masih mampu ‘tersenyum’ melihat gelagak Wan Ahmad Nizam yang dilihat terlalu emosional.
Ketika itu, Ismail Harun yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Abang Weil’ (Ismail) ketika itu menemani Mazlan Aliman menyerahkan satu Memorandum kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said.
Dimaklumkan ANAK tersebut telah pun menghantar surat permohonan yang di pos dan di fax kan, untuk bertemu dengan MB Terengganu bagi menyampaikan hasrat tersebut sejak hampir sebulan lalu.
Menurut Mazlan, kehadiran ANAK ke Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) untuk bertemu serta menyerahkan memorandum tersebut meski pun sekadar satu minit sahaja.
Tetapi kata Mazlan, malangnya bagi rakyat Terengganu kerana mempunyai seorang pegawai seperti Ahmad Nizam ‘menghodoh dan mengherdik’ dengan suara agak tinggi dan ‘keras’ kepada ahli rombongan ANAK.
Ahmad Nizam dipetik sebagai berkata, “Apalah Abang Weil (Ismail Harun) ini, hal (Peneroka Felda) ini pun hendak main politik. Sekarang baru hendak tolong rakyat…kenapa dulu tidak tolong.? Memorandum apa…dok payah serah kepada MB, serah kepada saya sudahlah”.
Namun sebaliknya, Ismail Harun ‘Abang Weil’ dengan rendah suara memohon untuk jumpa, bersalam dan menyerahkan memorandum Anak kepada Menteri Besar walau pun sekadar satu minit.
Sejurus jam 2.35 petang, Ahmad (MB) dengan langkah yang ‘cepat-cepat dan deras’ enggan menerima penyerahan memorandum dengan alasan ada ‘program’.
“Dia (Ahmad) terus menuju ke Dewan Intan Majlis Perbandaran Kemaman dan enggan menerima memorandum ANAK, oleh itu tetapi pihak kami terpaksa menyerahkan juga kepada Setiausaha Politik yang kurang beradap itu.
“Pihak Anak sangat dukacita dan kecewa dengan beberapa tindakan dan layanan kurang beradap pihak kerajaan negeri,” ujar Mazlan.
Menurutnya, tindakan Menteri Besar dan Setpol tersebut dilihat oleh rakyat serta menyerlahkan sikap sebenar pemimpin Umno berkenaan.
”Terengganu merupakan negeri keempat selepas Pahang, Johor dan Negeri Sembilan yang mempunyai banyak tanah-tanah Felda dan Terengganu merupakan negeri kedua, melayan kami dengan teruk,”tambah Mazlan. BO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Begitulah perangai yang menggambarkan Budi Bahasa Budaya Kita orang-orang Melayu yang amat memalukan berbanding dengan budaya Islam yang diterapkan oleh Rasulullah s.a.w. MB Terengganu ni kalau tak silap pernah cabar anggota sidang bertumbuk sedikit masa lalu. Itu pun orang masih nak angkat Mamat sekor ni jadi YAB. Cisss!!!
Post a Comment