04 February 2010
Liwat II: Kondo Desa Damansara jadi tumpuan
Sodomy II: Visit to the condo
Sodomy II: Parties visiting condominium
At the alleged crime scene
Kes perbicaraan hari kedua kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tertumpu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.
Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi.
Anwar yang turut berada di lokasi tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.
Sebelum itu, perbicaraan pagi tadi diadakan secara tertutup. Wartawan tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan itu.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.
Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondominium itu untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Kemaskini laporan dari Mahkamah Tinggi:
3.00pm: Peguam Karpal Singh memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini dengan menggesa Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung tajuk laporan muka depannya 'Tak rela diliwat lagi'.
Selepas mendengar hujah pihak peguambela, Hakim Mohd Zabidin berkata penggunaan perkataan 'lagi' oleh Utusan Malaysia adalah 'nakal'.
Mahkamah kemudiannya berihat selama lima minit untuk membolehkan hakim memutuskan perkara tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Mari kita gelar Saiful Jantan Jalang atau SJJ!!!
Post a Comment