02 February 2010

Anwar Akan Di Penjara Mulai Esok ?



Esok 2 Februari 2010, ayoh ke Mahkamah Tinggi KL. Keadilan Untuk Anwar Ibrahim

Esok, tanggal 2 Februari 2010 maka bermulalah satu lagi episod baru dalam perbicaraan kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur. Hakim Zabidin dijangka memutuskan sama ada kes tersebut akan diteruskan atau ditangguhkan seperti yang dipohon oleh peguam Anwar.

Semua mata sudah pasti akan tertumpu ke Mahkamah Tinggi esok. Seperti biasa pihak polis sekali lagi mengeluarkan arahan agar penyokong Anwar tidak hadir beramai-ramai ke mahkamah esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok, jam 9 pagi. Katanya, pihak polis akan ambil tindakan tegas jika mereka tetap mengadakan perhimpunan haram itu.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin