10 January 2010

This Country Need A Reform - Shamsul Iskandar



Shamsul Iskandar Mohd Akin

Muqaddimah

1. Ibnu Khaldoun, pemikir sosiologi Islam yang agung pernah mengungkapkan di dalam Al-Muqaddimah bahawa punca rasuah berlaku apabila pemerintah ghairah kepada budaya kemewahan. Secara umumnya inilah akar kepada permasalahan rasuah yang sedang membelenggu Malaysia. Tidak keterlaluan dikatakan, Malaysia sedang berhadapan dengan krisis peradaban yang disebabkan oleh rasuah. Skandal PKFZ, kehilangan Balasubramaniam, runtuhnya Stadium Gong Badak, retaknya MRR2 yang tak kunjung sudah, semuanya bermula daripada rasuah yang semakin menjadi ‘makanan rohani’ di kalangan penguasa. Laporan Ketua Audit Negara saban tahun menghidangkan rakyat dengan penyelewengan wang rakyat yang mencecah jutaan ringgit, tetapi sehingga ke saat ini, kes-kes tersebut sunyi. Andaikan jika ratusan juta boleh diselamatkan melalui penguatkuasaan dan pemantauan yang berkesan, pastinya subsidi gula boleh dikekalkan dan harga minyak tidak akan naik lagi Mei depan sebagaimana dirancang Umno-BN! Rasuah: Beban kepada Negara (Corruption Cost To The Nation)

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin