18 January 2010

Tasyrif Produk Sentimen Umno-BN



Umno-BN harus bertanggungjawab diatas penahanan pelajar tahun pertama Akademi Seni Budaya dan Warisan yang terbabit dalam tragedi serangan gereja.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor, Haniza Talha, berkata murid ini adalah mangsa percaturan politik Umno-BN dan media pemerintah yang rakus mengapi-apikan sentimen agama.

Mohamad Tasyrif Tajudin ditahan Jumaat lalu selepas mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengaitkan beliau kepada tragedi serangan gereja.

Melalui laman Facebook, Tasyrif berkata dia bertanggungjawab menyediakan bahan yang digunakan dalam bahan letupan dalam serangan keatas gereja yang tidak dinamakan.

Beliau juga mendakwa berada di tempat kejadian.

Tasyrif didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dibawah Seksyen 233(1) A
kta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beliau mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Aslam Zainuddin pagi tadi.

Haniza berkata rakyat Malaysia harus insaf bahawa murid ini telah ditahan kerana termakan hasutan media Umno-BN.

“Siapa yang berkata dibenarkan demonstrasi isu-isu sensitif, siapa yang suruh bagi kebenaran macam itu? Bila isu sensitif seperti ini perkara yang dibimbangkan adalah ia tidak boleh dikawal.

“Jadi kalau awak (Najib) dah bagi lampu hijau, orang dah buat dan awak (Najib) tidak boleh kawal, itu kesalah awak (Najib). Itu keputusan yang tidak bijak untuk membenarkan perkara ini diperbesar-besarkan.

Lebih membimbangkan lagi apabila ketegangan ini tidak reda sejak Perdana Menteri Najib Abdul Razak memberi ‘lampu hijau’ kepada tunjuk perasaan tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat.

Sejak Jumaat lalu, 11 gereja di seluruh negara, sebuah kuil Gurdwara, sebuah masjid dan sebuah sekolah menjadi sasaran serangan dan vandalisme.

“Dia (Najib) memberi mesej yang salah, kononnya demokratik tetapi bila buat macam itu ia bagi mesej yang salah, memberitahu kepada orang bahawa perkara ini juga kita boleh tunjukkan kemarahan kita tidak kira sensitiviti orang lain, ini lah bendanya,”katanya. tvselangor

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese