01 January 2010

Tahniah Najib: Kroni Kapitalis Didahulukan Keuntungan Diutamakan

Tahniah kepada kerajaan kerana telah mencapai KPI Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi di awal tahun baru 2010 dengan pencapaian kenaikkan harga gula. Rupanya baru rakyat tahu KPI kementerian ini ialah menaikkan harga barang keperluan dan bukan menjaga kepentingan pengguna. Tahniah pada sahabat saya menteri kementerian ini Datuk Ismail Sabri kerana berjaya mencapai KPI di awal tahun lagi sedangkan menteri lain kena tunggu satu tempoh yang lama.

Kenaikkan yang di umumkan oleh kerajaan tidak membantu meningkatkan pendapatan tinggi rakyat Malaysia sebalik menambahkan beban yang telah terbeban selama ini. Kenaikan ini menunjukan kerajaan telah tidak menambahkan subsidi sebaliknya mengurangkan subsidi harga gula. Pemberian subsidi yang diberi pun sebenarnya hanya menguntungkan pemegang AP mengimpot gula sahaja. Kenaikkan harga gula akan menyebab berlaku kenaikan harga susu, minuman, kuih muih, roti, biskut dan apa saja barangan yang menggunakan gula akan mengalami kenaikan harga. Kenaikan harga gula ini akan menyebabkan berlaku kenaikkan berangkai.

Rakyat mungkin boleh menerima kenaikan harga gula dan barang-barang ruji yang lain seperti beras tepung dan lain-lain dengan membenarkan lebih ramai peniaga yang diberi kebenaran membawa masuk barang-barang ruji ini selanjutnya membina persaingan di antara peniaga. Persaingan yang sihat akan memberi kelebihan kepada pengguna dan rakyat keseluruhannya. Tapi kenaikkan yang berlaku ini masih lagi mengekal sistem monopoli yang di kuasai kroni kapitalis yang sering membantu kepentingan parti politik pemerintah BN.

PM mungkin rasa gembira kerana berjaya menterjemahkan dan menghayati konsep rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. rakyat yang dahulu kena bayar atas alasan kenaikan harga gula antara bangsa. Terima kasih PM bg hadiah tahun baru 2010 pada rakyat. Saya mencadangkan kepada PM menukar slogan di dendangkan kepada slogan baru yang berkonsepkan kroni kapitalis didahulukan keuntungan diutamakan.

Sekarang terserah kepada rakyat untuk menilai cara kerajaan mengendali urus tadbir negara ini. Yang pasti rakyat kena mengubah gaya hidup untuk lebih berjimat dan mengubah gaya hidup daripada terus mempercayaai slogan kosong BN kepada satu azam tahun baru untuk bertekad meninggal kepercayaan terhadap BN berani membuat perubahan bersama PAS dan Pakatan Raayat.


DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

1 comment:

armouris said...

info tentang gula kat sini - Bahaya Gula

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin