28 January 2010

Senarai nama ditahan bawah ISA

GMI dakwa 12 ditahan bawah ISA

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendakwa seramai 12 orang termasuk sebahagian besar mereka rakyat asing ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini berbanding 10 orang yang diumumkan Kementerian Dalam Negeri semalam.

GMI mendedahkan sembilan nama hari ini dan cuba mendapatkan tiga nama yang lain.

Sembilan nama didedahkan GMI terdiri daripada Azzahari Murad iaitu rakyat tempatan, Aiman Al Dakkak (Syria), Mohamed Hozifa (Syria), Kutiba Al-Issa (Syria), Khalid Salem (Yemen), Luqman Abdul Salam (Nigeria), Hassan Barudi (Syria), Hussam Khalid (Jordan) dan Abdul Alhi Bolajoko Uthman (Nigeria).

Mereka adalah sebahagian daripada 50 orang yang ditahan di Sungai Cincin, Gombak dekat sini. themalaysianinsider

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese