13 January 2010

Pilihanraya UMT – Kumpulan Pro-M Kesal Ramai Calon Berwibawa Di Tolak



KUALA NERUS – Pilihanraya kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disini, yang bermula dengan penamaan calon pada 11 Januari lalu dicemari dengan ketidakadilan pihak universiti tersebut.

Jurucakap kumpulan Pro-Mahasiswa mendakwa demikian ketika ditemui selepas majlis pengenalan calon yang berlangsung di asrama Tok Jembal semalam.

Menurutnya, ramai calon-calon yang berwibawa ditolak oleh pihak ‘suruhanjaya’ setelah dibantah oleh pihak lain yang tidak di maklumkan kepada pihaknya.

”selepas penamaan calon, kami hanya mengetahui calon-calon yang ditolak melalui senarai yang dikeluarkan,

”tiada sebarang makluman, siapa yang membantah dan sebab apa calon-calon tersebut ditolak,”ujarnya.

Antara calon yang ditolak adalah Mohamad Nizam Hayat dari Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan.

Beliau yang dihubungi melahirkan rasa tidak puas hati kerana tidak diberi peluang untuk mengemukakan penjelasan dan membela diri,

”Selepas penamaan (calon) dibuka bantahan, selepas itu keluar senarai, dan nama saya tidak ada,

”tidak dimaklumkan secara rasmi, siapa yang membantah dan sebab apakah saya dibantah,”jelasnya.

Menurutnya, pengendalian pilihanraya tersebut tidak mencerminkan demokrasi sebenar kerana ia dijalankan secara tidak telus.

Walaupun tidak berpuashati, katanya, beliau sedang berusaha membuat rayuan akhir bagi membolehkannya bertanding pada hari pemilihan 17 Januari ini.

”Saya telah hubungi dan menghantar e-mel kepada pihak NC (Naib Canselor), sebagi peluang terakhir,”katanya.

Seorang lagi calon dari Fakulti yang sama, Nur Marinah Mohd berkata, pihaknya tidak banyak berjanji dalam majlis pengenalan calon tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, mereka akan mengemukakan ‘gagasan’ dalam manifesto bersama yang akan dikeluarkan pada 14 Januari ini. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin