27 January 2010

Perlu Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Kes Kepala Babi



Ahli Parlimen Pantai Dalam Nurul Izzah Anwar menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat siri serangan terhadap rumah ibadat.

Beliau menjelaskan hanya melalui suruhanjaya bebas motif dan dalang keganasan ini dapat disiasat secara telus dan bebas dari prejudis.

“Saya fikir di saat ini kita patut wujudkan satu siasatan diraja. Satu badan khas yang benar-benar boleh menyiasat apakah sebabnya. Adakah kemungkinan ada kerja dalaman. Ini melibatkan perkara politik. Saya fikir tak cukup dengan siasatan, perlu ada badan diraja sebegini untuk meneliti tindakan yang perlu dibuat sepenuhnya”.

Beliau menggesa Kerajaan Persekutuan untuk lebih pro-aktif menyiasat kes ini dan bukan sekadar menjalankan siasatan “biasa” ke atas keganasan ini.

“Marah dan khuatir dengan perkembangan baru. Kita melihat bagaimana serangan melemparkan kehinaan kepada tempat ibadat sebuah masjid. Seolah-olah mahu mencetuskan insiden”.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese