
Permohonan didengar dalam kamar oleh hakim Lau Bee Lan (gambar) dan para peguam yang mewakili majalah itu tidak membantah demi memelihara kepentingan negara.
KDN diwakili oleh Peguam Negara Abdul Gani Patail sementara majalah Herald diwakili oleh Derek Fernandez dan Benjamin Dawson, demikian menurut Malaysiakini.
Abdul Gani berkata, "kami memohon dan para peguam yang mewakili gereja Katholik itu bersetuju untuk menangguhkan penggunaan perkataan itu, demi untuk kepentingan negara."
Peguam Fernandez pula berkata, "pihak gereja bersetuju atas permintaan peguam negara dan bagaimanapun orang ramai kini tidak seharusnya memberi sebarang komen lanjut berhubung keputusan ini."
Pada 31 Disember lalu, berdasarkan Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, hakim Lau memutuskan bahawa Herald mempunyai hak dari segi perlembagaan untuk menggunakan perkataan itu, sebagai menghormati pendidikan dan arahan dalam perhimpunan agama Kristian.
Beliau juga berkata, berdasarkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi satu kesalahan bagi orang-orang bukan Islam menggunakan perkataan "Allah" untuk berdakwah kepada orang-orang Islam.
"Tetapi tidak menjadi kesalahan bagi orang-orang bukan Islam untuk menggunakan perkataan itu kepada orang-orang bukan Islam bagi tujuan keagamaan," tambahnya.
Isnin lalu, KDN memohon rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk menolak keputusan ini dan semalam KDN memohon supaya penggunaan perkataan itu ditangguhkan.
No comments:
Post a Comment