23 January 2010

Pengerusi Gerak sertai PKR esok

PETALING JAYA — Jika pengerusi pertama Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) menyertai Umno dua tahun lalu, penggantinya Mohd Nazree Mohd Yunus pula akan melangkah ke Parti Keadilan Rakyat (PKR), esok.

Nazree, 26, yang sebelum ini turut disebut-sebut akan mengikut langkah Ezam menyertai Umno, dikatakan sudah memutuskan untuk menganggotai PKR.

Perkara itu yang sepatutnya diumumkan pagi ini hanya akan dimaklumkan kepada umum tengah hari esok.

The Malaysian Insider difahamkan Nazree sudah mencapai keputusan muktamad untuk menyertai PKR dan telah selesai mengadakan perbincangan akhir dengan kepimpinan parti itu beberapa hari yang lalu.

Pun begitu Nazree (gambar) yang dihubungi lewat semalam enggan mendedahkan nama parti yang bakal beliau sertai.

Ketika ditanya bahawa PKR disebut-sebut sebagai parti pilihannya, Nazree berkata, “biar ia tinggal teka-teki (sehingga esok)... saya akan mengumumkan pada Ahad.”

“Apa yang boleh saya katakan adalah, saya telah dijemput untuk menghadiri satu sidang media di Kuala Lumpur pada Ahad ini,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui perbincangan mengenai perkara tersebut sudah selesai. > themalaysianinsider

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Kurang 'laku' nak masuk UMNO, elok masuk PKR sebelum 'tak laku'.

Perjuangan taik kucing..

Anonymous said...

Lagi se ekor opportunis akan masuk PKR dan jika di beri jawatan penting atau dapat jadi wakil rakyat nescaya akan menjual kedudukan nya kpd UMNO. Apa nak hairan nya ?

azman kamarul said...

SUsah nak percaya...puak-puak opportunist ni dia punya kepala tak boleh nak pakai sangat...

PAKATAN RAKYAT kena ambil perhati kalau nak terima spesies ini.

Bimbang PISANG BERBUAH 4 KALI

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese