02 January 2010

PAS kecewa Mahkamah benarkan Allah dalam Mingguan Herald The Catholic

Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Pas bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.

Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.

Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai tuhan “pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.

Pas mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Saddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.

Perlu ditegaskan ini bukan berarti Pas menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini Pas yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.

Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

6 comments:

Hang horatio said...

alhamdullillah..khalid samad cmne lak???

Anonymous said...

Saya setuju kenyataan yang dibuat oleh YB Khalid samad. Saya ahli PAS & penyokong PAS. Kita seharusnya jangan melompat perkara-perkara sebegini. Sebagai PAS parti yang bertunjangkan Islam PAS mesti mengendalikan isu sebegini dengan penuh kebijaksanaan. Kalau boleh jangan buat kenyataan yang membolehkan ianya menjadi "backfire." Jika Sheikh Yusof Al Qardhawi menyatakan parti PAS itu meneruskan perjuangan yang dibawakan oleh Rasullullah s.a.w make PAS seharusnya menyelesaikan masalah ini cara Rasullullah menyelesaikannya dizaman Baginda. Saya berharap pakar aqidah & tauhid didalam PAS selesaikan masalah sebegini dengan penuh berilmiah. PAS perlu ingat setiap benda yang PAS hendak laksanakan mengikut hukum-hakam Allah mesti ada dugaan & cabaran. Allah is testing the so call PAS leaderships on how to go about to resolve this issue. Lagi sekali saya berharap selesaikanlah dengan penuh pedoman, beriman dan berilmiah minta pada Allah petunjuk jalan yang sebaiknya supaya masyarakat bukan Islam dimana kita sudah memenangi hati mereka tidak kecewa dan "confuse". Islam yang dibawa & dipimpin oleh Rasulullah s.a.w tidak menyusahkan sebaliknya menyenangkan bagi penganutnya melaksanakan Islam dan mempermudahkan orang bukan islam menerima Islam dimana jalan penyelesaiannya hanyalah alquran & alhadis. Gunakanlah ayat alquran & kenyataan hadis-hadis sahih menyelesaikan maslah "membenarkan Allah dalam mingguan Herald The Catholic." supaya mereka-mereka ini memahami Islam yang sebenarnya. Wallahuallam Bissawab. Sekian. Wasallam.

Anonymous said...

Ustaz Idris Ahmad sudah termasuk perangkap UMNO?

Miak Bujat said...

Ustaz,

Saya amat bersetuju dengan pandangan ustaz. Bayangkan ustaz kalau penganut lain boleh guna Allah mengantikan tuhan dalam penulisan mereka... saya risau... anak-anak kita ustaz... bila membaca penulisan sebegini... akan keliru dan boleh terpesong akidah mereka... kita bercakap pasal masa depan... ini lebih penting dari politik...mungkinkah satu hari nanti... anak kita akan bertanya... Ayah, kita nak berdoa kepada Allah yang mana satu?

Anonymous said...

Mengapa pula heboh dengan perkara ni? Allah bukan Tuhan orang Melayu atau Islam saja! Yang pentingnya Orang Islam wajar memperdalami fahaman mengenai sifat-sifat Allah. Tak payahlah isu begini dipolikkan!

SniperChukai said...

bukan politik tu kawan..isu besar nih...betul kater miak bujat,baca betul2......bersatulah wahai melayu Islam...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin