20 January 2010

Kes liwat Anwar ditangguh lagi, tarikh baru 2 Februari


Sodomy 2 now on Feb 2

Keputusan permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan dokumen penting dari pihak pendakwaraya bagi membantunya membela diri dalam perbicaraan kes sodomi ditunda ke 29 Januari.

Sementara itu, kes perbicaan tuduhan sodomi II yang dijadualkan pada 25 Januari ini juga ditunda kepada 2 Februari depan bagi membolehkan Mahkamah Persekutuan menguruskan kes dokumen terlebih dahulu.

Panel 3 hakim yang bersidang hari ini memutuskan demikian selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak. Hakim Besar Malaya, Arifin Zakaria mengumumkan bahawa mahkamah tidak dapat membuat keputusan petang tadi.

"Ini merupakan mahkamah persekutuan, keputusan ini memberi jaminan di semua mahkamah. Ini adalah penting untuk meraka dan ini merupakan satu permohonan untuk dokumen, dokumen adalah amat mustahak untuk sebarang perbicaraan", ujar peguam Anwar, Karpal singh.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan dokumen dan bukti disorokkan pasukan pendakwaraya diserahkan kepada pasukan peguambela.

Anwar berhujah dokumen dan bukti-bukti yang disembunyikan ini membuktikan beliau tidak bersalah, dan perlu untuk membantu persiapan peguambela.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun membatalkan perintah ini dengan alasan pasukan peguambela tidak boleh memancing bukti sebelum perbicaraan bermula.

"Kami juga gembira kerana perbicaraan pada 25 Januari ke atas Datuk Seri Anwar telah dikosongkan kepada 2 Februari, jika mahkamah ini membenarkan permohonan oleh kami, kami akan mendapat peluang mendapatkan bukti yang kami perlukan untuk persediaan yang lebih baik kepada pelanggan kami, Datuk Seri Anwar", ujar Sankara.

Ujarnya lagi, bahan bukti seperti laporan perubatan, rakaman kamera litar tertutup di kondominium termasuk dua lif dan beberapa bahan lain merupakan bahan bukti yang paling penting dan tanpa bahan bukti berkenaan, bukanlah sesuatu yang mudah untuk menghadapi perbicaraan berkenaan.

"Ini terbukti genting. Tanpa bahan bukti bukan mudah atau tidak adil kepada Datuk Seri Anwar dalam pembelaannya dan mengapa kami begitu gembira kerana mendapat rehat sekali-sekala dan mendapat peluang untuk mendapat terbukti", tambahnya lagi.(TVS)

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese