21 January 2010

Keliru kenyataan Husam

KOTA BHARU (ANN)- Blogger, Kickdefella menegaskan beliau tidak akan memberikan respons negatif berhubung kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Negeri, Datuk Husam Musa mengenai dirinya sebaliknya beliau menganggap Husam adalah harapan rakyat Kelantan.

Kickedefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, beliau amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Husam berhubung dirinya.

“Saya keliru membaca kenyataan Husam. Saya kecewa dan terkilan. Saya seolah-olah tidak kenal dia atau mungkin juga boleh dikatakan sekarang baru saya mengenali dirinya.

“Dia seolah-olah lemas dan perlu menyelamatkan diri dalam keadaan sekarang. Saya rela kerana dia dalam keadaan lemas dia panjat saya. Saya rela. Kalau itu kenyataan untuk selamatkan diri tak apalah, moga selamatlah dia,” katanya kepada :Sinar Harian :ketika diminta mengulas kenyataan Husam terhadap dirinya, semalam.

Mengulas mengenai dakwaan Husam yang menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepadanya di dalam blog beliau, Kickdefella menegaskan beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Sama ada kami masih berhubung saya tak mahu komen. Allah maha mengetahui. Saya tak mahu berbohong,” katanya.

Semalam, Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan dilaporkan berkata, mereka yang ingin mengaitkan beliau dengan Kickdefella perlu menyediakan bukti yang kukuh bahawa mereka mempunyai hubungan sebelum berbuat demikian.

Husam sebaliknya menyifatkan ia adalah ‘kerja-kerja kecil seperti pemain bola sepak kampung’ dan ia adalah satu luahan yang bersifat peribadi.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama Kickdefella turut melahirkan rasa kesal mengenai kenyataan Husam berhubung perjanjian persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB yang menyatakan lot perniagaan tersebut akan dijual dengan harga subsidi sebanyak RM40,000.

Husam dalam kenyataan dilaporkan berkata, masalah itu boleh dirunding namun Kerajaan Negeri tidak mahu peniaga bila diberi betis hendakkan paha pula.

“Dalam kes ini peniaga bukan bagi betis nak paha tetapi pada Pilihan raya Umum yang lalu Pas minta berjanji dan minta peniaga beri undi pada mereka. Ini soal gagal tunai janji.

“Saya hairan mengapa sebelum ini Husam senyap betul. Tetapi apabila dah sah Ketua Pegawai Eksekutif PMBK berhenti macam-macam pula dia nak cakap. Adakah ini strategi atau mengapa ya?,” katanya.

Husam semalam menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Kickdefella.

Husam berkata, Kickdefella diambil menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah disebabkan kepakarannya dalam bidang media.

1 comment:

Anonymous said...

Allah MAHA mengetahui....tak perlu manusia mencari bukti...kebenaran akan 'ditimbulkan dengan sendirinya' oleh org2 yg mempunyai niat tidak baik ke atas sesuatu YG BAIK...yg dituduh tk mengelabah,yg menuduh semakin celaru...Hentikanlah kerja2 tak befaedah dlm setiap perjuangan..adalah lebih baik berbincang dan bersemuka...itu baru PRO namanyer..bukan mcm politik budak skolah nk pilih ketua darjah..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese