GERAKAN Mansuhkan ISA (GMI) mengecam pagi tadi mengecam niat kerajaan yang mahu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas rakyat ke atas mereka yang terbabit mengebom tiga gereja di Lembah Klang beberapa hari lalu.
Kecaman tersebut merujuk pada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara sebelum ini sejak meletusnya isu menggunakan nama ‘Allah’ di kalangan masyarakat bukan Islam dianggap melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UHDR).
“Kami sangat mengutuk penggunaan ISA kejam dalam membuat penangkapan seperti setiap bentuk penahanan tanpa pengadilan (di Mahkamah) adalah melanggar (Deklarasi) Hak Asasi Manusia (Sejagat) secara terang-terangan,” dipetik dari Facebook salah seorang Ahli Jawatankuasa GMI, Nalini Elumalai.
Bagi GMI, mereka yang disyaki terbabit seharusnya disoal siasat dan didakwa di Mahkamah secara adil.
Pun begitu, GMI mengakui niat baik kerajaan untuk menghentikan keganasan dalam negara dengan bertindak keras ke atas mereka yang terbabit.
“Kami memahami keperluan (kerajaan) untuk bersikap keras pada penjenayah,” jelasnya.
“GMI mengakui bahawa individu dan kumpulan yang tidak bertanggungjawab telah dan mungkin lebih lanjut menggunakan kekerasan…(yang) mengakibatkan kekacauan dalam negara.”
Kerajaan juga digesa memujuk mereka yang terbabit secara toleransi menggunakan mahkamah, bukannya ISA.
GMI yang dilihat lantang mendesak kerajaan memansuhkan ISA turut berpandangan bahawa penggunaan ISA ke atas mereka yang terbabit adalah suatu prasangka yang tetap zalim.
“Menangka mereka (yang terbabit) menggunakan ISA tetap zalim kerana berdasarkan prinsip praduga tak bersalah, padahal mereka yang dituduh masih belum dibuktikan bersalah,” jelasnya. -END
No comments:
Post a Comment