20 January 2010

Gelagat Wan Aziz

http://buletinonline.net/images/stories/berita20/wanaziz3.JPGhttp://buletinonline.net/images/stories/berita20/wanaziz2.JPGhttp://buletinonline.net/images/stories/berita20/wanaziz4.JPGhttp://buletinonline.net/images/stories/berita20/wanaziz5.JPGGelagat ‘penembak peluru hidup’ dalam Tragedi Batu Buruk Lans Koperal Wan Aziz Wan Omar di Mahkamah kadangkala melucukan malah adakalanya amat mengejutkan khalayak yang menjadi pemerhati.

Sepanjang perjalanan perbicaraan kes Tragedi Batu Buruk, pernah suatu ketika, Wan Aziz tiba-tiba menutup mukanya, apabila pihak mahkamah menyebut ‘Batu Buruk’, seolah-olah menangis.

Apabila ditanya, mengapa beliau bersikap begitu, katanya beliau amat sedih dan mahu menangis apabila mendengar nama ‘Batu Buruk’ disebut, kerana kononnya, terkenangkan peristiwa yang berlaku pada 27 September, 2007 itu.

Pada ketika yang lain, apabila ditanya berapa das tembakan yang dilepaskan beliau sewaktu menembak Suwandi dan Azman, beliau sambil menunjukkan aksi menembak kesemua arah, bang…bang…… bang…….

Ditanya lagi berapa das tembakan, katanya tak tahu berapa, sehingga pistol berbunyi; klek….klek….klek…..klek

Yang paling memeranjatkan, apabila disoal balas oleh salah seorang peguambela Fariz Irwan, berkenaan keadaan dirinya, beliau mengaku, tidak bersembahyang sewaktu kejadian dan tidak pernah mendirikan solat!

Selain itu, beliau mengaku mempunyai tabiat buruk suka meminum arak, namun katanya pada malam kejadian itu, beliau tidak minum.

Sesi perbicaraan Wan Aziz sebagai pengadu dan saksi kes Tragedi Batu Buruk sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan dijangka berakhir hari ini 20 Januari, 2010. BO

1 comment:

Anonymous said...

Moga-moga Mat Kampu ni insaf dan diinsafkan bahawa dia juga manusia yang suatu hari nanti akan menemui ajal!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese