30 January 2010

Dengar Sini BAPA KHALED NORDIN!!!

Pro-M UM

Pemimpin yang berjiwa rakyat adalah pemimpin yang senantiasa merasai kesusahan dan kesenangan bersama-sama dengan orang yang dipimpinnya.Lihat,Khalifah Umar Bin Abdul Aziz,sehingga hari ini kisah kepimpinan dan contoh kepimpinannya masih menjadi sebutan walaupun tokoh ini telah lama tiada.

Bukankah kepimpinan itu akan ditanya dan menjadi saksi di padang masyhar nanti jika kita bercakap mengenainya melalui perpekstif akidah kepada-NYA.Sudah tentu bila kita semua bercakap mengenai persoalan mati,semua yang kuat akan lemah dan semua yang mengangkat dada tanda hebat akan jatuh terperosok ke tanah tanda tiada daya melawat hakikat dan ketentuan illahi itu.

Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang senantiasa mengeluarkan idea,pendapat dan kenyataan yang bersifat akademik melalui pengamatan dan kefahaman yang tersendiri hasil dari apa yang dia lihat,rasa dan fikir lalu diterjemahkan melalui tindakannya.Bukankah begitu?..Inilah luahan naluri mahasiswa kepada bapa Khaled Nordin tempat mengadu harap segala kesusahan kami di varsiti UM ini.

Kami mahasiswa UM merupakan mahasiswa yang celik tentang peranan sebenar mahasiswa yang bersifat realitinya.Kami bukan mahasiswa yang retorika dan terawang-awang di langit.Jika bapa lihat,mengapa dan kenapa mahasiswa UM lebih progresif dan agresif jika bapa hendak bandingkan dengan mahasiswa di varsiti-varsiti lain di Malaysia ini.Jawapannya adalah kefahaman sebenar erti kemahasiswaan yang sebenar oleh kami.

Tolong jangan kaitkan kami dengan pihak pembangkang!!!!

Mengapa perlu pembangkang dan bukan kerajaan.Adakah amalan dan budaya protes dan turun demonstrasi itu merupakan suatu perkara yang janggal lagi pelik bagi mahasiswa-mahasiswi MALAYSIA?..dimanakah erti demokrasi hak kebebasan bersuara yang senantiasa diwar-warkan oleh PM Datuk Seri Najib Razak melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.Mengapa bapa tidak memandang kami mahasiswa dalam lingkungan konteks yang lebih besar.Kami juga memperjuangkan gagasan dan matlamat universiti untuk meneruskan langkah agar universiti dalam Malaysia ini terus menempah nama dan mendapat ranking yang terbaik dalam rangking senarai universiti seluruh dunia.Syabas dan tahniah buat Naib Canselor UM,Prof Gauth Jasmon telah berjaya membuktikan UM dimata dunia dengan rangking ke-180.

Bapa,ini keluhan hati kami,harap didengar dan diteliti dengan keimanan dan tunduk dan patuh pada-NYA.

Mahasiswa merupakan aset utama bagi bapa dalam menjayakan agenda 1 Malaysia oleh PM kita semua.Mahasiswa perlukan sokongan dan tunjuk ajar yang secukupnya oleh bapa selaku bapa kami yang hampir dengan kami.Segala masalah dan aduan kami,bapa dengar,lalu bapa turun kepada kami,berjumpa,berpeluk dan bersalam tanda kasih dan cinta seorang bapa kepada anak-anaknya walaupun berpuluh-puluh ribu anak-anak bapa.Ukhuwah itu akan terbina dengan sendirinya jika bapa kearah itu.

Kami sedar,ini bukan masa yang sesuai untuk kami berpencak silat bermain dengan dunia politik dan terlibat secara langsung seratus peratus dengan politik.Tetapi,bapa!!!...politik itu indah,politik itu cukup murni,politik itu cukup cantik jika kami meminatinya bersesuaian dengan kehendak islam dan garisan islam itu.

Bapa!!!

Indah,murni dan cantiknya politik itu kerana ianya bisa membetulkan yang salah.Ianya bisa menegur kezaliman dan kejahatan yang jelas lagi nyata.Ianya bisa menjadi "check and balance"kepada ketidakseimbangan yang wujud disekeliling kami."Thats why,we are choice the politics".Kalaulah keluarga bapa diganggu serta diugut oleh seseorang yang tidak dikenali,sudah tentu bapa juga mengunakan saluran politik kuasa yang ada pada bapa untuk menghalangnya,bukan?.Begitu juga kami.

Bapa!!!

Mari turun jumpa kami!!!..bapa tengok kampus-kampus kami,seluruhnya kederhagaan suasana dan budaya islam.Entiti islam langsung tidak dikenali.Adakah bapa hendak menyalahkan Persatuan mahasiswa islam,dengan menyatakan mereka tidak ada usaha untuk berdakwah dan menjalankan sebarang aktiviti-aktiviti bercorak islam dalam kampus.Jujur bapa,PMI jelas aktif lagi agresif dalam menjalankan tugas utama memberi kefahaman islam kepada seluruh mehasiswa dalam kampus khususnya UM.

PRK UM..

Pilihanraya Kampus (PRK) medan kami bersiasah dengan cukup terbuka dikelilingi dengan budaya ilmu dan intelektual.Kami mahasiswa,mahasiswa yang mempunyai ideologi dan kefahaman yang cukup berintegriti lagi sihat.Kami cukup menghargai dan menyanjungi bapa NC,TNC dan seluruh warga UM.

TETAPI...

E-VOTING cukup memeranjatkan kami.sistem ini cukup mengecewakan kami.Bukan disebabkan oleh kekalahan pihak minoroti kepada majoriti iaitu Penggerak Mahasiswa.Tetapi bapa,disebabkan oleh wujud tangan-tangan belakang yang cuba memusnahkan hak dan ketelusan keintegritian demokrasi kampus pada PRK kali ini.Bapa,ini bukan sebarang omongan kosong dan cakap-cakap belakang tetapi kami ada bukti dan mengesyaki dengan seratus peratus tentang ketiadaan kewujudan demokrasi yang wujud di kampus UM.

Justeru,kami meminta untuk datang dan turun berjumpa kami,untuk bertanya kenapa dan mengapa kami membantah dan berdemontrasi terhadap keputusan yang telah diumumkan sendiri oleh NC kami yang cukup kami sanjungi lagi hormati.Bukan duduk di kerusi empuk,dilitupi penghawa dingin lalu bapa mengeluarkan satu artikel mengutuk dan menyindir sekeras-kerasnya kepada kami,lalu terkeluar satu perkataan "tidak matang"yang ditujukan khas kepada kami(mahasiswa)keran tidak boleh menerima sebarang keputusan PRK baru-baru ini.

Bapa!!!

Rasional,jika bapa berfikir mahasiswa,setiap kali bercakap mempunyai bukti dan hujah yang tersendiri.Bukan main semberono sahaja dengan tanpa bukti.Jujurnya sebagai anak,kami memohon bapa meminta maaf dengan secara terbuka atas kenyataan yang bersifat sindir bapa kepada kami begitu juga kepada menteri-menteri kerajaan yang cuba menyamakan kami dengan pihak pembangkang atas sebab kami dilihat lebih agresif dalm persoalan menuntut hak dan demokrasi kampus.

Bapa wajib minta MAAF kepada MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA!!!!

itu sahaja,bapa yang ingin saya sampaikan..semoga tugasan bapa dalam membawa dan membimbing anak-anak bapa ini terus dirahmati lagi menuju kepada jalan kebajikan yang cukup terpuji selaku orang yang beragama islam dan berakidahkan ALLAH yang berkuasa mutlak atas segala-galanya.

Kami mahasiswa UM akan terus memperjuangkan hak dan demokrasi kampus meskipun AUKU 1971 diberatkan kepada kami



Yang Berharap dari seorang Bapa Menteri KPT,Datuk Seri Khaled Nordin,

Mohd Sabri Jamaludin,
Mahasiswa UM

2 comments:

Hang horatio said...

apa yg bapa khalid nordin buat adalah betul.jgn di lyn suara semut ni..walaupun berapi tp suara kami yg mempertahankan apa yg bapa khalid buat adalah wajar perlu juga di ambil perhatian!

Anonymous said...

Kalau menang, semua OKAY... kalau kalah, bagai nak giler ....

Perangai sapa macam tu ?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese