22 January 2010

Ahmad Said Melanjutkan Jenayah Kerajaan Pusat



KUALA TERENGGANU - Walaupun sudah hampir dua penggal, Umno dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu daripada PAS, namun kes tuntutan royalti yang difailkan oleh Kerajaan PAS Terengganu masih ‘tergantung’ di mahkamah.

Menurut Penasihat Undang-undang PAS, Dato’Wan Mutalib Embong, kes tersebut tidak akan ditarik balik oleh kerajaan Umno/BN kerana ia bukan tuntutan biasa, tetapi ia adalah sebuah kes jenayah.

”Walaupun ia ditarik balik atau dihilangkan, kita boleh buka balik kerana kes ini adalah kes jenayah,

”dan mengikut kaedah perundangan akta kewangan, tidak ada satu sen pun dari hasil kerajaan negeri ini, boleh dikeluarkan dari kumpulan wang yang disatukan,

”melainkan melalui enakmen perbekalan negeri Terengganu yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri,”katanya dalam Majlis Ceramah Sempenan Tragedi Berdarah Batu Burok yang diadakan disini, semalam.

Oleh itu tegasnya, apa jua yang dipersetuji oleh Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar berkenaan wang royalti merupakan lanjutan kepada perbuatan jenayah yang dilakukan oleh kerajaan pusat.

Justeru, walaupun dipersetujui apa-apa juga perbelanjaan yang digunakan oleh kerajaan pusat dengan wang tersebut untuk membangunkan negeri Trengganu, ia masih merupakan satu kesalahan menurut undang-undang.

”Kerajaan pusat mesti mengembalikan hasil (royalti petroleum) kepada negeri Terengganu,”jelasnya. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese