27 January 2010

2 Kepala Babi di Masjid Taman Datuk Harun


Pig heads left at two mosque

KUALA LUMPUR - Siak Masjid Jumhuriyyah, Taman Datuk Harun Petaling Jaya terkejut awal pagi tadi apabila terlihat sebuah beg plastik yang mencurigakan dibahagian belakang pintu masjid berkenaan. Beliau mensyaki pada awalnya ialah seorang bayi yang dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun setelah pihak pengurusan masjid memanggil pihak polis untuk menyiasat, maka mereka mendapati bahawa bungkusan itu mengandungi dua kepala babi beserta beberapa keping duit seringgit.

Pihak polis masih belum mengetahui motif sebenar tindakan provokasi tersebut. Setakat ini, belum ada kaitan yang boleh dibuat samada ia adalah respon daripada beberapa kes serangan gereja di Selangor dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tindakan yang serupa berlaku di Masjid Taman Sentosa.

Turut hadir melawat tempat kejadian ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan, Ustaz Ghazali Shaari. -ANN

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese