01 April 2009

Kuay Teow with Nizar



Nizar Gempur Bilik Gerakan BN

nizarbn

CALON Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki bilik gerakan BN ARIF, (Angkatan Rakyat Insaf) ketika berkempen di pekan Simpang dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang, hari ini. - Foto Salim Shaari, Utusan Malaysia


Anwar in N.25: Bukit Selambau.

Anwar speaks before a crowd of 5,000 at the Bukit Selambau by election - anilnetto.com


ANWAR IBRAHIM : Sekembalinya dari Bangkok saya terus ka Bukit Selambau untuk acara kempen di daerah mengundi Bukit Rusa.

Fitnah Umno-BN kononnya saya khianat membela Melayu dijawab tegas. Sepanjang berada dalam kerajaan, tak seinci pun tanah Melayu yang saya gadai! Saya turut menyentuh hal pendidikan di mana kita lihat Umno tetap angkuh dengan dasar PPSMI.

Sekali lagi diulang, agenda perjuangan Pakatan Rakyat ialah untuk menegak sistem yang adil dan melawan kezaliman termasuk barah rasuah.

Tanpa sedar, pimpinan Umno-BN terus konsisten menuduh kita walhal merekalah sebenarnya pengkhianat yang tanpa silu merompak khazanah negara, kononnya atas nama komisen!

TVAntara : Majllis Penerangan Khas Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim

Bukit Gantang medan 'pungutan suara', sokongan rakyat Perak

Pakatan Mohon Bubar DUN Jika Nizar Menang



PAS tidak menganggap pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang sebagai satu referendum bagi mengiktiraf kerajaan negeri Perak sekarang jika Barisan Nasional menang kerana isu mengenai siapa yang menerajui kerajaan negeri akan diputuskan oleh mahkamah.

"Masalah mengiktiraf BN sebagai kerajaan yang sah tidak timbul sebab ini merupakan satu perkara perundangan yang belum diputuskan oleh mahkamah. Antara referendum keputusan rakyat dengan soal perundangan adalah dua perkara berbeza," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi kepada pemberita di Markas Induk Operasi PAS di Air Kuning di sini, Selasa.

Beliau mengulas pertanyaan pemberita sama ada PAS bersedia menerima keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang sebagai referendum rakyat mengiktiraf kerajaan negeri BN, jika calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tewas pada pilihan raya kecil itu 7 April ini.

Asmuni, yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Bukit Gantang, berkata bahawa jika Mohammad Nizar menang dengan majoriti besar, pilihan raya kecil itu perlu diakui sebagai satu referendum daripada rakyat.

"Kalau setakat majoritinya sama atau kurang sedikit, pada saya ini sama dengan pilihan raya yang lain tetapi kalau jumlah yang keluar mengundi tinggi dan majoritinya begitu besar sekali, kita nak terjemahkan sebagai apa, kalau bukan sebagai referendum rakyat," katanya.- BERNAMA

P.59 Bukit Gantang: Calon kecewa tempoh ceramah dipendekkan



Hadkan isu - PAS tidak tergugat

PAS tidak berasa tergugat dengan gertakan Umno-BN yang menggunakan jentera kerajaan bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat untuk terus memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang.

Kenyataan demikian dibuat Pengarah Jentera Operasi PAS bagi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Asmuni Awi pada satu sidang media harian yang diadakan di Markaz Induk PAS, Air Kuning pagi ini.

"tindakan polis membataskan isu yang dibincangkan pada pilihan raya kecil ini menunjukkan bahawa Umno-BN kini berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengambil tindakan demikian," katanya kepada pemberita.

Malah, beliau menyifatkan arahan tersebut sebagai salah satu daripada ciri-ciri politik lama yang tertutup.

"Ini stail politik lama yang bersifat tertutup, membudayakan ugutan, sekatan bagi mencapai apa sahaja yang diidamkan.

"Kita sekarang memperkenalkan pakej politik baru yang terbuka dan telus tanpa sekatan terhadap maklumat kepada rakyat supaya mereka dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya," jelasnya.

Katanya, jika sekiranya terdapat pihak yang sensitif dengan isu Altantuya perkara tersebut perlu diselesaikan dan bukannya ditutup.

"Isu tersebut ditutup seolah-olah hendak melindungi pihak tertentu," katanya merujuk kepada isu Altantuya.

Ditanya mengenai tindakan yang dibuat parti tersebut berhubung kenyataan ketua polis negara semalam, Asmuni menjelaskan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang arahan secara jelas dan khusus daripada pihak Polis.

"Kita tidak menerima sebarang arahan daripada Ketua Polis Negara, tetapi kita menghormati kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan.

"Tetapi ini tidak bermakna kita tidak mengikuti lunas-lunas perundangan, malah kita akan teruskan selagi ianya masih berada dalam batas-batas yang dibenarkan undang-undang," katanya lagi.

Menyentuh isu pengeluaran permit, Asmuni berkata sememangnya terdpat sikap tidak adil pihak polis sepanjang aktiviti yang diadakan oleh Pakatan Rakyat.

"Mengikut syarat, kami hanya dibenarkan mengadakan ceramah sehingga jam 11 malam bagi kawsan luar bandar dan 12 tengah malam bagi kawasan bandar.

"Tetapi dalam kes baru-baru ini d Trong, kami diarah berhenti awal sedangkan program Umno berakhir pada jam 12 tengah malam di kawasan yang sama, ini sudah tentu tidak adil dan berat sebelah," tegasnya. - prk059.pas.org.my

Hakim baru dengar kes Nizar-Zambry



Saman yang dikemukakan oleh Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Zambry Abd Kadir, akan didengar oleh hakim baru esok.

Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim akan mendengar permohonan awal untuk mendengar kes sepenuhnya, pada jam 2.30 petang esok di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, kes itu didengar oleh Hakim Lau Bee Lan. Tiada sebab diberikan mengenai pertukaran tersebut, yang dimaklumkan kepada pihak-pihak terbabit bagi ini.

Saman yang dikemukakan oleh Mohd Nizar terhadap Zamby adalah untuk menentukan menteri besar Perak yang sah.

Dalam saman itu yang difailkan pada 13 Februari lalu, Nizar antara lain, memohon mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar Perak yang sah.

Beliau juga memohon interpretasi Artikel 16(6) perlembagaan Perak mengenai bila jawatan menteri besar boleh dikosongkan.

Dalam permohonannya itu, Nizar berkata Zambary mesti menyatakan berkuasa yang membenarkan beliau menjadi menteri besar yang sah.

Nizar juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak mempunyai hak untuk menjadi menteri besar pada bila-bila masa, serta injunksi untuk menghlang Zambry atau ejen-ejennya daripada menerus tugas sebagai menteri besar.

Hujah kupas 'Krisis di Perak?' di TV9 (video)


Hujah - Krisis Perlembagaan Perak (Siri 2, Siri 3, Siri 4, Siri 5) - TVTB

Professor Dr. Shad Saleem Faruqi sebagai panel jemputan.

Syabas kepada Ragunath Kesavan kerana lebih mengutamakan rakyat. Terima kasih kepada Professor Dr. Shad Saleem Faruqi kerana berhujah berlandaskan fakta yang benar serta memperakui penyelesaian terbaik kes di Perak adalah memberi mandat kepada rakyat. Manakala kepada Datuk Shafie Abdullah, teruskan usaha menyembunyikan fakta-fakta yang tidak memihak kepada BN.

'Politik Baru' Nizar disambut rakyat




Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat Dengan Memperkasa Politik Baru

Pengarah Pilihanraya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata tema penuh kempen PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang adalah “Kekalkan Kemenangan Rakyat Dengan Memperkasa Politik Baru”.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Markaz PAS Air Kuning semalam.

“Tema kempen adalah ‘Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat Dengan Memperkasa Politik Baru,

“Kita dah buat politik baru, kita nak perkasakan lagi, kita dah politik baru artinya nak menyatupadukan seluruh rakyat tak ada sentimen perkauman sebagaimana yang ditiupkan sekarang ini oleh UMNO/BN,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.

Beliau berkata, ia adalah kesinambungan dari pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh dan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Katanya UMNO tidak berubah kepada yang lebih baik, malah kepada yang lebih buruk, itu politik lama.

“Dalam beberapa ulasan dan pandangan beberapa pimipinan BN tidak berubah, contohnya Dr.Zamry mengatakan Nizar calon DAP, cakap-cakap macam ini bukan politik baru, politik baru mesti lebih terbuka dan lebih jantan,”kata Mustafa.

Beliau turut mendedahkan beberapa kempen dari penyokong Barisan Nasional yang mengamalkan politik lama dengan membuat ugutan dan kempen yang mengancam keselamatan calon PAS.

“Ini permainan yang melampau, …… kill Nizar…… sepatutnya cara begini tidak… ini jelas bukan dari penyokong Pakatan Rakyat,

“saya minta perkara begini dihentikan, kita berhadap secara jantan, kita harap ppimpinan UMNO/BN betul-betul menghormati sistem demokrasi,”tambahnya

Nik Aziz: Jauhi pemikiran jahat Umno

Dasar Umno tidak berubah walaupun bertukar kepimpinan.



Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin