01 April 2009

Bukit Gantang medan 'pungutan suara', sokongan rakyat Perak

Pakatan Mohon Bubar DUN Jika Nizar Menang



PAS tidak menganggap pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang sebagai satu referendum bagi mengiktiraf kerajaan negeri Perak sekarang jika Barisan Nasional menang kerana isu mengenai siapa yang menerajui kerajaan negeri akan diputuskan oleh mahkamah.

"Masalah mengiktiraf BN sebagai kerajaan yang sah tidak timbul sebab ini merupakan satu perkara perundangan yang belum diputuskan oleh mahkamah. Antara referendum keputusan rakyat dengan soal perundangan adalah dua perkara berbeza," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi kepada pemberita di Markas Induk Operasi PAS di Air Kuning di sini, Selasa.

Beliau mengulas pertanyaan pemberita sama ada PAS bersedia menerima keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang sebagai referendum rakyat mengiktiraf kerajaan negeri BN, jika calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tewas pada pilihan raya kecil itu 7 April ini.

Asmuni, yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Bukit Gantang, berkata bahawa jika Mohammad Nizar menang dengan majoriti besar, pilihan raya kecil itu perlu diakui sebagai satu referendum daripada rakyat.

"Kalau setakat majoritinya sama atau kurang sedikit, pada saya ini sama dengan pilihan raya yang lain tetapi kalau jumlah yang keluar mengundi tinggi dan majoritinya begitu besar sekali, kita nak terjemahkan sebagai apa, kalau bukan sebagai referendum rakyat," katanya.- BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Impax Run 2

akira® said...

juga akan menjadi medan untuk rakyat menolak Najib sebagai PM keenam.

klik sini
KENAPA RAKYAT HARUS TOLAK NAJIB

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese