Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) perlu lebih telus dan jujur dalam menyiasat kes-kes yang telah dilaporkan dan tidak perlu tunduk dengan mana-mana tekanan parti politik serta kerajaan.
Ini termasuk kes-kes berprofail tinggi yang membabit orang-orang kenamaan seperti pemimpin tertinggi negara serta keluarga mereka yang kini telah di lapur kepada badan tersebut
Hal ini disuarakan oleh Ketua Pemuda DAPSY, Antony Loke pada Erapakatan ekoran persaraan awal Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan dan mengantikan Abu Kassim Mohamad sebagai Pesuruhjaya yang baru pada 1 Januari depan.
"Abu Kassim harus lebih serius dalam menyiasat kenyataan bala sepertimana yang telah dilaporkan pada SPRM. SPRM juga diminta tidak pilih kasih dalam menjalankan siasatan dan harus memanggil siapa sahaja yang terlibat dalam kes ini untuk menjamin ketelusan SPRM yang kini bakal berada di bawah pimpinan baru.
"Selama ini persepsi rakyat terhadap SPRM terlalu buruk serta dilebel sebagai alat kepada BN untuk menjatuhkan negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Kes-kes yang dilapor berhubung pembangkang cepat-cepat di siasat tetapi bila libatkan pihak BN, kes-kes tersebut di buat seolah-olah tidak wujud walaupun laporan telah di buat," katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah.
Menurut Anthony, walaupun persaraan awal merupakan hak orang perseorangan setiap anggota kerajaan namun tindakan Ahmad Said akan memberikan persepsi yang berbeza memandangkan SPRM kini sedang berhadapan dengan beberapa isu besar.
"Kes kematian Teoh Beng Hock dan laporan kenyataan Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam mengenai dakwaan penglibatan Isteri dan adik Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu merupakan kes yang bukan sahaja memerlukan tahap profesionalisme SPRM yang tinggi malah membabitkan status pemimpin tertinggi negara.
"Kita tidak mahu persaraan awal Ahmad Said disebabkan tekanan yang di hadapi dari pihak kerajaan atau ada campurtangan supaya beliau berundur kerana terpaksa melarikan diri dari kes-kes yang di siasat SPRM," ujar beliau
Ahmad Said telah menyerahkan surat persaraan awal pada 31 Disember ini kepada pejabat Perdana Menteri yang sepatutnya tarikh persaraan asalnya 25 Mei 2010.Susulan itu Timbalan Pesuruhjaya Abu Kasim Mohamad akan dilantik mengetuai suruhanjaya tersebut awal tahun depan.
Menyentuh mengenai beberapa laporan kepada SPRM, Anthony berkata, pada 2 Disember lalu, beliau dan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah menyerahkan tiga salinan tiga salinan vedio berhubung kenyataan Bala kepada SPRM. Manakala pada 4 Disember lalu, SPRM telah menyoal siasat Shamsul selama hampir 3 jam di putrajaya.i keterangan mengenai klip vedio itu.
"Semua bukti ada pada Shamsul Iskandar , jadi saya tidak perlu dipanggil kerana tiada apa yang perlu ditanya pada saya. SPRM hanya perlu memanggil orang-orang yang terlibat secara langsung dengan kes ini untuk mempercepatkan siasatan," jelas Anthony.
Dalam pada itu, SPRM mungkin dijangka akan memanggil beliau untuk memberi keterangan berhubung laporan tersebut. - erapakatan.com/
1 comment:
dey tamby Mat Said..mana mau lari ahhh..takpe lu lari dari tanggungjawab diatas dunia ingat boleh SELAMAT kaa...di AKHIRAT nanti ALLAH S.W.T tunggu kau tuk jawab soalan2 BONUS...itu pun kalu lu ada belajar tentang HUKUM ISLAM masa kecik-kecik dulu...yg baik dibalas baik yg jahat dibalas JAHATT..
Post a Comment