05 December 2009

SPRM: Ada Unsur Penyelewengan



Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam percaya perletakan jawatan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said bersangkut paut dengan skandal pemberian kontrak uniform suruhanjaya berkenaan.

Katanya kontrak itu diberi secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka seperti kebiasaannya.

Manikavasagam berkata, kontrak melalui rundingan terus itu mengakibatkan harga pakaian berkenaan melonjak melebihi 150 peratus berbanding harga asal.

Sehubungan itu katanya, beliau akan mendedahkan mengenai skandal pemberian kontrak itu dalam waktu terdekat.

“Saya memang ada beberapa kes rasuah melibatkan Ahmad Said dan akan dedahkan dalam masa terdekat.

“Di mana tender pakaian diberi kepada satu syarikat secara rundingan lansung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVSelangor ketika mengulas mengenai perletakan jawatan Ahmad Said berkuatkuasa akhir ini.

Semalam Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, Ahmad Said telah meminta supaya kontrak khidmat beliau yang sepatutnya tamat Mei depan di pendekkan.

Manikavasagam juga mendakwa beliau mempunyai dokumen lengkap mengenai pemberian tender berkenaan.

“Saya rasa mungkin ada tekanan mereka sudah tahu dokumen-dokumen berada di tangan saya dan kemungkinan besar mereka suruh dia (Ahmad Said) untuk meletakkan jawatan awal,” katanya. TVS

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin