Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor (gambar) terus diasak dengan soalan yang ‘melemaskannya’ menyebabkan sidang akhbar yang diadakannya terus ditamatkan serta merta.
Isu terbaru pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai Ogos tahun lalu, yang didedahkan oleh Pengarah Strategi Pakatan Rakyat, Tian Chua.
Sebelum ini, pada sidang akhbar di Singapura, Rosmah juga ditanya mengenai pelbagai dakwaan buruk terhadapnya, yang dipercayai mengenai pendedahan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan ‘kehilangan’ nya yang misteri serta pembunuhan model mongolia Altantuya Shaariibuu.
Beliau menyifatkan semuanya itu tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya.
Hari ini sekali lagi, beliau disergah dengan soalan ‘cepumas’. Apabila pemberita bertanyakan hal pemindahan wang berkenaan, sidang media itu terus ditamatkan.
"Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan. tanyalah soalan yang relevan yang lebih besar untuk manfaat semua rakyat Malaysia," katanya pada sidang akhbar yang terhenti separuh jalan selepas majlis pemberian bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.
Hadir sama menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Pada 17 Disember lalu, Tian Chua mendakwa berlaku pemindahan wang sebanyak RM600,000 kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.
Ahli Parlimen Batu itu, mendakwa mempunyai dokumen mengenai pemindahan wang itu oleh pihak yang tidak disebutkannya.
Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.
1 comment:
Kalau diteruskan tentulah soalan berkaitan dengan kehilangan 2 enjin pesawat F-5E tu juga akan ditanya. Wartawan tahulah macam mana nak tanya.
Post a Comment