31 December 2009

Seruan Menjelang Tahun Baru 'Katakan Tidak Kepada Maksiat'



XPDC Dakwah dan 'Ziarah Kasih' Pemuda PAS di ambang tahun baru

Beratus-ratus pemuda PAS seluruh Negara akan melaksanakan tanggungjawab menyeru rakan-rakan sebaya mereka yang terdiri dari orang-orang muda supaya menjauhi maksiat dan kemungkaran pada malam tahun baru masehi malam ini.

Pemuda PAS Terengganu akan menumpukan usaha mereka mencegah dan mengurangkan gejala sosial hedonisme (candu hiburan), zina, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dadah minum arak, dan lumba motor haram di sekitar Taman Shahbandar dan Batu Buruk, dua lokasi panas yang sering dijadikan ‘port’ berpeleseran.

Manakala Pemuda Pusat dan Pemuda Wilayah Persekutuan serta Nisa Wilayah akan berganding bahu menjalankan operasi 'Ziarah Kasih' disekitar lokasi strategik ibu negara seperti Dataran Merdeka, KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, Bangsar dan Taman Tasik Permaisuri mulai pukul 9 malam hingga 1 pagi.

Operasi itu bertujuan mendekati anak-anak muda supaya mereka mampu menjaga diri, akhlak, sahsiah serta pergaulan agar tidak terjerumus kepada perkara negatif.

"Berdasarkan pengalaman setiap tahun, budaya sambutan Malam Tahun Baru ini menjadi punca peningkatan gejala sosial di kalangan anak-anak muda seperti hedonisme (candu hiburan), zina, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dadah minum arak, lumba motor haram dan sebagainya," kata jurucakap Pmuda PAS dalam satu kenyataan hari ini. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin