26 December 2009

Salahuddin, Nazri berentap di debat royalti minyak?

KUALA TERENGGANU - Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz antara dua tokoh politik berbeza parti akan ditemukan dalam debat royalti.

Debat anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) itu dijangka diadakan akhir bulan depan.

“Mengikut perancangan kita selewat-lewatnya akhir Januari depan,” kata pengerusi Gegar, Dr Abdul Halim Yusof di sini.

Katanya, dua tokoh tersebut dipilih memandangkan penyaksian hangat mereka ketika menegakkan hujah masing-masing berhubung perkara berkenaan sebelum ini.

Pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini isu berkenaan menjadi perbahasan hangat apabila Nazri menafikan tuntutan tersebut mendorong Salahuddin mempelawa Nazri berdebat bagi mencari titik pertemuan.

Nazri menyahut cabaran Salahuddin dengan berkata “pada bila-bila masa dan di mana sahaja.”

“Bagaimanapun itu bukan fokus utama kita, sebaliknya kita lihat dari aspek kemampuan,” katanya.

Ketika menjawab keyakinan sesi debat dapat membantu merungkai masalah terbabit Abdul Halim berkata pendedahan hujah bersama fakta adalah objektif utama peringkat awal usaha ke arah tersebut.

“Sekurang-kurangnya minda rakyat lebih terbuka dalam menilai antara hak dan batil,” ujarnya sambil menyatakan debat tersebut mungkin akan diadakan di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Baru.

Gegar adalah badan NGO dilancarkan awal bulan ini untuk mencetuskan kesedaran rakyat dan menuntut kerajaan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat yang berhak. » themalaysianinsider

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese