05 December 2009

Rosmah,Datuk Nazim, Deepak perlu dipanggil SPRM

Dakwaan Bala: Najib tak mahu layan kenyataan semberono - themalaysianinsider

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur, Adik beliau, Nazim Razak dan Deepak yang di sebut dalam pendedahan oleh penyiasat persendirian Razak Baginda, Balasubramanian Perumal sebagai mereka yang dituduh terlibat dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuyaa Shariibuu perlu dipanggil dan disiasat oleh SPRM bagi memastikan ketelusan badan suruhanjaya itu.

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang di panggil memberi keterangan oleh SPRM pagi tadi menyatakan beliau telah menyerahkan tiga salinan vedio berhubung kenyataan Bala pada laporan beliau pada 2 Disember lalu.

"Pihak SPRM telah memaklumkan mereka telah melihat semua tiga siri vedio selama 90 minit yang telah saya berikan pada mereka pada 2 disember lalu.

"SPRM juga tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak memanggil Rosmah, Datuk Nazim dan Deepak dan kalau perlu perdana Menteri sendiri untuk diambil keterangan kerana pendedahan oleh Bala menyebut nama-nama tersebut.

'Integriti SPRM serta perdana Menteri sendiri perlu di bersihkan kalau mahukan pentadbiran negara ini benar-benar telus memandangkan berdasarkan prestasi indek ketelusan Malaysia berada di tangga ke -52 bersama negara-negara Afrika.," jelas beliau sejurus selepas di soal siasat hampir 3 jam di Ibu pejabat SPRM putrajaya.

Menurut Shamsul, SPRM juga meminta beliau untuk membawa Bala memberi keterangan.

"SPRM meminta saya membawa Bala untuk memberi keterangan dan saya akan cuba membantu bagi melalui peguam Bala.

Katanya, laporan yang dibuat kepada SPRM bukan bertujuan untuk mengaibkan sesetengah pihak tetapi segala prajudis rakyat berhubung ketelusan kepimpinan negara perlu di bersihkan.

"Najib tidak boleh lepas tangan dan beliau perlu membersihkan diri serta menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat.

Shamsul juga berkata beliau sedia untuk diambil keterangan untuk kali seterusnya sekiranya SPRM memerlukan sebarang maklumat.

'Saya akan memberi sepenuh kerjasama sekiranya SPRM betul-betul mahu menjalankan siasatan secara telus dan terbuka," jelas beliau lagi. - erapakatan

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin