17 December 2009

RM600,000 buat Rosmah berbelanja besar di Dubai?

rosmahKetika Rosmah Mansor, (gambar) isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak berada di Dubai bulan Ogos 2008, seseorang yang tidak dikenali telah mengirim wang berjumlah RM600,000 kepadanya.

“Saya ada dokumen sebagai bukti berlakunya penghantaran wang tersebut,” kata Ahli Parlimen Keadilan – Batu, Tian Chua pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui untuk tujuan apa wang tersebut dikirim pada ketika Dubai sedang rancak membangunkan bandar tersebut sebagai sebuah bandar pelancungan dan syurga membeli belah bagi selebriti terkenal dari seluruh dunia.

Tetapi kini Dubai menghadapi krisis kewangan yang serius berpunca dari pasaran hartanah yang menjunam kerana memohon ditangguh bayaran balik hutang bank sekitar US$29 bilion akibat permintaan yang semakin berkurangan.

Selain itu, beliau juga mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom (UK) antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.

Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin, adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk membeli hartanah.

Menurut Tian, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Beliau menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup wang terbabit sahaja.

Baru-baru ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan juga didakwa mengirim wang berjumlah RM10 juta ke UK menerusi syarikat pengurup wang yang sama, Salamath Ali.

Apabila disoal oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lobak, Anthony Loke Siew Fook dalam Dewan, Mohamad Hasan hanya membisu. freemalaysiatoday

2 comments:

Anonymous said...

Berapa beg luar dalam dengan harga RM600,000 tu ha?

Anonymous said...

Luar dalam ke seluar dalam? Kalau seluar dalam barangkali berlori-lori dan kena hantar dengan kapal kargo!!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese