09 December 2009

Najib minum arak secara terbuka?

Lihat gambar diatas? Apakah yang anda dapat saksikan? Gambar diatas diambil oleh Bernama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Thailand bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Abhisit. [Sumber Asal]

11 comments:

Zainal A. Kasim said...

(i) Berdasarkan pengalaman saya di peringkat antarabangsa, air yang digunakan adalah apple jus. Hal-hal protokol ini biasanya telah diuruskan awal-awal lagi dan negara tuan rumah sudah arif dengan protokol tetamu yang beragama Islam;

(ii) Tak baik tuduh-tuduh;

(iii) Buat tajuk yang berbentuk soalan ini menunjukkan YB sendiri tak yakin tetapi nak menimbulkan keraguan.

Anonymous said...

Saya sokong tok guru dalam banyak hal, tapi dalam perkara ini (gambar di atas) saya tak sokong. Kebanyakan majlis rasmi, negara jiran sudah arif dengan protokol negara jiran lain. Tak perlu nak membolak-balikkan peristiwa yang kita sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Kan itu fitnah namanya walaupun dengan tanda SOAL.

Anonymous said...

Mengapa pulak kita mahu timbulkan isu murahan?
Saya tinggal kat PPR Desa Rejang, Setapak Jaya, bulan lepas saya ada nampak banner yang memaklumkan satu perjumpaan dengan penduduk Cina di situ dekat blok tempat saya tinggal, tetamu kehormat ialah YB Lo Lo Mohd Ghazali, bertudung tetapi ada gambar iklan Carlsbreg.... heh ini boleh di salah tafsir YB Lo Lo pun minum beer jugak oleh orang bodoh cam saya ni.

armouris said...

info tentang arak kat sini
- Ketagihan Arak
- Penyalahgunaan Arak

Anonymous said...

kalu setakat nak memanipulasi gambar utk tujuan politik, baik kau buang kopiah kau dalm longkang.

Mohd Syameer Firdaus said...

It's very obvious like what Mr Zainal said, it's an apple juice not a beer or an alcoholic drinks.

How if that 'orang tua berjanggut', was in the same situation and how if that 'tali barut' in the same situation. I'm sure they'll sue each and every people who make up this story damn story!

SO, in short, I advise you not to make A PROPAGANDA here, it's an act of a loser and fools!

Tak Suka Fitnah Orang said...

ADAKAH BENAR DATUK SERI NAJIB MINUM ARAK? SIASAT DULU, JANGAN MAIN TUDUH JER...

Apabila kita lihat sekali, tanpa soal selidik kita akan membuat andaian sendiri bahawa memang benar itu adalah arak.

Bagi mereka yang arif tentang lawatan protokol di peringkat antarabangsa, Negara-Negara ada menyediakan sejenis minuman buah khas buat tetamu yang beragama Islam. Minuman ini adalah sejenis Jus buah-buahan seperti Epal dan Nenas.

Aik, Anwar Ibrahim tak tahu ke? Bukan dia selalu pergi luar Negara. Diakan ramai 'sahabat' dari luar negara.

Hmm... Pembangkang fitnah lagi. Kalau setakat hendak menipu orang-orang kampung bolehlah. Jika orang yang profesional dan arif tentang perkara ini, dan kemudian mengiyakan fitnah, sememangnya orang ituterlibat dalam fitnah ini.

Datuk Seri Najib tidaklah sebodoh itu. Beliau tidak akan melakukan sesuatu yang memalukan Agama, Bangsa dan Negara.

Yang pembangkang, terus memfitnah. Ditayang gambar ini di seluruh akhbar-akhbar mereka. Tak ada nak siasat dahulu betulkah air yang Datuk Seri Najib minum itu ada kandungan arak ataupun tidak? Bukannya hendak dengar penjelasan Datuk Seri Najib terlebih dahulu mengenai air yang beliau minum pada ketika itu? Tahu-tahu, terus membuat andaian membabi buta.

Niat murni Datuk Seri Najib ke Selatan Thailand untuk menyelesai dan membela umat Islam di kawasan tersebut telah disalaherti oleh Pembangkang. Pembangkang seolah-olah cemburu dan tidak puas hati dengan pendekatan Datuk Seri Najib yang lebih terbuka dalam isu Selatan Thailand.

Kepada rakan-rakan lain, sila siarkan gambar ini dan beri penerangan di dalam blog anda. Kita tidak boleh biarkan Perdana Menteri kita dicemar dengan fitnah Pembangkang. Ayuh, kita terangkan pada mereka.

Anonymous said...

Siannye la...nampak sgt tak berapa cerdik...memalukan PAS je buat fitnah murahan macam ni...

Sekolah sempat habis ke tak ni?

Anonymous said...

majukan diri sendiri dulu kalau rasa diri lebih baik. jangan dok carik silap orang lepas tu sebarkan keburukan orang di khalayak ramai n seluruh dunia. menutup keaiban orang tu skali, d akhirat nanti keaiban2 ko pun kena tutup jugak... Fikir bek2. agak2 ada tak keaiban ko yg rasanya sapa2 tahu then dia sebarkan kat blog dia tanpa pengetahuan ko? jangan berlagak bek sedangkan ko terang2 mengata, mengumpat orang. apa pandangan orang kat engkau nanti? and pandangan orang terhadap imej Parti yang kau sanjung?

hatta said...

mungkin komen ni agak terlambat...tp apa yg boleh saya katakan disini ialah perbuatan melagakan gelas itu sendiri adalah amalan minum arak..orang yg naif mcm saya akan katakan itu arak..boleh di anggap mengharamkan yang halal(applejus)....

Admin said...

klik sini: Lihat apa Abhisit cakap.. heheh http://surfinehitech.blogspot.com/

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin