27 December 2009

MB Terengganu Beri Jawapan Tak Betul !



KEMAMAN – Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said telah memberi jawapan yang tidak betul berkenaan kereta kerajaan yang menyelewengkan penggunaan minyak.

Menurutnya, Ahmad menjawab demikian, demi untuk menutup kelemahan pentadbirannya yang dipertikaikan oleh Jabatan Ketua Audit Negara.

“Tidak betul, dia nak tutup kelemahan dia, dia kata pasal kereta konvoi, jadi kereta lain tak ada kad (indent) minyak, pasal apa jadi gitu, kereta kerajaan semua ada kad (indent) minyak,”katanya ketika ditemui selepas ceramah penerangan isu sidang DUN di sini semalam.

Menurutnya semua kereta atau kenderaan milik kerajaan memiliki kad (indent) minyak masing-masing.

Katanya beliau telah menyemak dengan pihak Jabatan Audit Negara berkenaan jawapan yang diberikan oleh Ahmad dalam Sidang DUN baru-baru ini.

Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf (ADUN) Mempelam telah menimbulkan isu penyelewengan pemggunaan minyak kenderaan milik kerajaan sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008.

Ketika menggulung perbahasan Bajet 2010, Ahmad Said cuba menafikan kegitan mencuri minyak dikalangan pemandu kenderaan kerajaan yang menyeleweng dengan mengatakan kereta-kereta tersebut mengisi minyak secara beramai-ramai dan tidak mempunyai kad (indent) minyak, lalu mengisi minyak menggunakan satu kad (indent) minyak sahaja.

Jawapan Ahmad juga menolak kesahihan Laporan Ketua Audit Negara yang telah dikeluarkan pada 22 Julai, 2009

”Ahmad sepatutnya mengambil tindakan mengelakkan kejadan berulang, kerana saya telah dimaklumkan oleh Bekas Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, penyelewengan penggunaan minyak oleh kenderaan kerajaan telah berlaku sejak lama dulu,”kata Wahid dalam ceramah yang disampaikannya. BO

2 comments:

azmie said...

kad indent no 1, guna utk 3 biji kereta (atau kenderaan lain) di 3 pam berbeza, mana boleh dlm masa 1 minit masuk 65 liter dlm tangki.
kad indent ni 2, guna utk 2 kenderaan, satu depan satu tunggu q di belakang (beza 7 minit)
kad indent no 3, sama kes ngan no 2.

Anonymous said...

Mana nak betul? Pergi bersidang asyik membuta saja atau dok ingat nak pasang bini muda! He... he... he...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese