08 December 2009

Kes Bala : Ujian pertama buat Abu Kassim

Angkatan Muda PKR mencabar Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed agar menyegerakan siasatan terhadap kes berprofil tinggi termasuklah kes akuan bersumpah Balasubramaniam.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau mencabar Abu Kassim agar menyiasat dengan telus dan tanpa bertangguh kes pengakuan terbaru Balasubramanim yang menunjukkan Najib dan keluarganya terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya.

Menurutnya, SPRM akan kekal dengan imej buruk dan integritinya dipersoalkan oleh rakyat jika kes Bala itu masih lagi gagal untuk disiasat.

“Saya melihat persaraan awal Ahmad Said semata-mata bersifat politik kerana beliau dilihat tidak lagi boleh menjaga kepentingan Najib Razak khususnya dalam isu Bala,” katanya.

Sehubungan itu, siasatan segera kes Bala dan memanggil Najib Razak, Rosmah Mansur dan adik Najib, Nazim Razak harus menjadi keutamaan beliau apabila menerajui SPRM bermula 1 Januari ini.

Shamsul menambah, sehingga kini sekurang-kurangnya ada 18 kes berprofil tinggi yang tidak disiasat oleh SPRM termasuk melibatkan Ketua Menteri (KM) Sabah, Musa Aman seperti yang beliau laporkan bersama AMK Sabah.

Beliau memberitahu, Ahmad Said sebelum ini ada menerima anugerah dan pangkat daripada Musa sehingga kes melibatkan KM itu didiamkan sehingga kini.

“SPRM hanya akan dilihat sebagai badan bebas sehinggalah ianya diletakkan di bawah kuasa parlimen dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti yang ada ketika ini dan pastinya keputusan SPRM ada campur tangan eksekutif yang sepatutnya tidak berlaku.

Antara kesan kegagalan SPRM ini ialah apabila indeks rasuah di negara ini terus menunam dan antara yang tertinggi di seluruh dunia yang akhirnya menyebabkan pelabur enggan datang seterusnya menjejaskan ekonomi negara,” ujarnya. erapakatan.com/

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese