12 December 2009

Kerajaan Pusat Berat Sebelah Sekat Peruntukan Selangor



Kerajaan Persekutuan melanggari prinsip federalisma apabila gagal menyalurkan peruntukan sewajarnya kepada Kerajaan Selangor, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang mementingkan fahaman politik menyebabkan banyak projek pembangunan di Selangor terbantut.

Ini berikutan Umno-BN mewujudkan pejabat pembangunan negeri Selangor di setiap daerah dan menyalurkan peruntukan terus tanpa mengetahui agenda pembangunan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri kurang berpuas hati terhadap jumlah pemberian Kerajaan Persekutuan yang diterima sehingga 27 Oktober 2009, yang hanya berjumlah 408.26 juta ringgit padahal kerajaan persekutuan memperolehi pendapatan sebanyak 16 bilion ringgit dari kerajaan dan rakyat Selangor”, kata Tan Sri Khalid.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap pada Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Walaupun peruntukan disekat, namun ia tidak menghalang kerajaan negeri untuk meneruskan usaha Merakyatkan Ekonomi Selangor bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Biarpun Selangor tidak terlepas daripada kesan kegawatan ekonomi global, namun jumlah pelaburan tempatan dan antarabangsa tetap kukuh berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

“Pada Jun 2008, kerajaan negeri Selangor melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang bernilai 50 bilion ringgit ekoran itu sebanyak 6 projek utama dilancarkan yang dijangka dapat merancakkan pembangunan dan ekonomi negeri Selangor di samping menyediakan 150 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor dan Malaysia”, jelasnya lagi. - NIZAM

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin