03 December 2009

Kerajaan Kelantan Mohon Sultan Dirawat Dalam Negara



Kerajaan negeri memohon Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra supaya memindahkan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra mendapatkan rawatan dalam negara.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata cadangan itu mendapat kelulusan exco dalam mesyuaratnya Rabu.

Sultan Kelantan kini dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

"Memandangkan keadaan kesihatan Sultan Kelantan sekarang ini dan di atas hasrat dan kepentingan rakyat, kita mencadangkan supaya Pemangku Raja membawa Sultan Ismail Petra yang sedang gering mendapatkan rawatan di mana-mana hospital dalam negara," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz enggan menjelaskan kenapa kerajaan negeri membuat cadangan itu.

Sultan Ismail Petra dirawat di Hospital Mount Elizabeth sejak 24 Mei lepas dan masih menerima rawatan doktor pakar di situ. - BERNAMA

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin