08 December 2009

Keengganan pelabur ada kaitan dengan krisis keyakinan terhadap PM – Anwar

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini di Dewan Rakyat meyakini bahawa keengganan Pelabur antarabangsa ke negara ini ada kaitan dengan krisis keyakinan terhadap Perdana Menteri Najib Razak.

Anwar yang juga Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh berkata, beliau menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam meletakkan Bursa Malaysia sejajar dengan pasaran antarabangsa sebagai sebuah destinasi penjanaan dana yang kondusif.

Namun, beliau hairan bagaimana mengapa usaha itu gagal menarik pelabur untuk melabur di negara ini.

"Saya terima baik langkah-langkah yang diambil kerajaan tapi masalahnya mengapa dengan kecekapan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti itu, kita masih gagal menarik minat peabur antarabangsa untuk jadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelaburan," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi.

"Saya minta penjelasan daripada kementerian, apakah langkah yang diambil sekarang ini dapat menarik pelaburan sebab data pelaburan menyatakan sebaliknya,"soalnya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menjelaskan sejauhmana kebenaran langkah yang diambil kerajaan ini dapat menarik pelabur asing memandangkan data pelaburan menyatakan bahawa Bursa Malaysia berada di kedudukan tercorot berbanding Jakarta dan Singapura. - erapakatan.com

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese