19 December 2009

Institusi Awam DiPerkosa, Umno Mengamalkan Politik Perkauman



KUALA TERENGGANU – Institusi Awam seperti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Institusi Kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini tidak lagi dapat berfungsi dengan bebas dan amanah.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata Umno telah menyalahgunakan Institusi tersebut demi untuk mengekalkan kuasa mereka memerintah Malaysia.

”Dan semua Institusi ini telah diperkosa oleh Umno sehingga mereka (institusi awam) tidak dapat berfungsi sebagai satu institusi yang bebas dan amanah kepada rakyat,”katanya ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin Hussein yang menuduh Pakatan Rakyat telah menjadi institusi awam sebagai sasaran serangan mereka.

Menurutnya DAP sebagai satu komponen Pakatan Rakyat bukan sengaja mengada-adakan masalah dengan mempertikaikan institusi berkenaan.

Namun katanya, ia adalah kerana institusi tersebut telah gagal berfungi sebagai institusi yang demokratik dan bebas dari pengaruh pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional (BN)

”Oleh kerana campurtangan politik Umno dan BN, menyebabkan institusi ini tidak memnuhi apa yang diharapkan oleh rakyat,

”apa yang disebut oleh Hishamudin tidak berasas samasekali, kerana perjuangan DAP dari dulu sehingga kini adalah untuk mmpertahankan hak rakyat smua bangsa, tidak kira kaum dan agama,”jelasnya.

Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Naib Presiden Umno itu, Pakatan Rakyat menanamkan ‘lanskap’ politik kebencian dalam perjuangannya.

”Kita tidak pernah untuk menanamkan politik kebencian dalam perjuangan DAP, apa yang diperjuangkan adalah hak rakyat yang terpinggir daripada arus pembangunan, rakyat yang telah didiskrimnasi oleh pemerintah, ini yang kita perjuangkan,”tegas Chai Hing.

Katanya, kalau DAP berjuang sebagaimana yang didakwa oleh Hisham , sudah lama DAP akan berkubur dalam arena politik tanahair.

Hishamudin ketika berucap dalam majlis bersama wartawan disini baru-baru ini berkata politik yang dibawa oleh Pakatan Rakyat adalah politik yang menanamkan kebencian dikalangan rakyat Malaysia.

Hisham berkata kerana itu pihak pembangkang menyerang satu demi satu institusi awam sebagai dinyatakan diatas. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese