21 December 2009

Hayati Warisan Nabi Muhammad SAW - Dr Yusuf Al Qaradhawi

Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyeru seluruh umat Islam khususnya di Malaysia untuk mengingati warisan yang ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Qur'an dan keterangannya daripada As-Sunnah serta sirah, pegangan yang bersumberkan nas dan ummah yang lahir daripada acuan ini bermula daripada para sahabat RA.

Dalam ucapannya ketika menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah tahun ini, beliau turut menjelaskan mengenai Al-Qur'an dan peranan Sunnah dalam menghuraikan intipati yang terdapat didalamnya dan ciri-ciri risalah Islam yang sarat dengan fakta serta hujah yang kukuh, Dalam ucapannya yang bersemangat itu, beliau mengingatkan bahawa umat ini adalah umat yang mulia dan terkehadapan sepertimana yang disifatkan dalam Al-Qur'an.

Beliau menggariskan empat ciri utama yang mesti dimiliki oleh umat Islam iaitu ciri rabbani, kesederhanaan, cemerlang dan bersatu. Dalam menginsafi tragedi-tragedi yang melambangkan kelemahan kepimpinan umat Islam seperti peperangan yang berlaku di Iraq dan Afghanistan, beliau amat mengharapkan agar kepimpinan Islam dapat menguasai kemajuan ekonomi, kekuatan pembangunan dan kekuatan rohani.

Ramai hadirin terpegun dengan ucapan dan ketokohannya. Dr Yusuf Al-Qaradhawi merupakan seorang mujahid dan aktivis Islam dunia yang lantang dan memiliki kesungguhan dalam mengislahkan umat Islam agar kembali kepada jalan yang benar. Antara buku karangan beliau yang popular ialah Fiqh Zakat, Fiqh Awlawiyyat dan Fiqh Daulah.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mempunyai sejarah pertemuan yang panjang di Malaysia antaranya beliau pernah berjumpa dengan UMNO dan PAS serta pernah menerima anugerah daripada UIAM. Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada atas penganugerahan yang diberikan kepadanya itu.-ANN

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese