07 December 2009

Ariffahmi, letak jawatan segera: Mahfuz

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar menasihat Abdul Ariffahmi Abdul Rahman supaya meletakkan jawatan segera sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) supaya Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat tidak menyulitkan operasi PMBK

“Perlu letak jawatan serta-merta supaya keputusan yang dibuat tidak memberikan implikasi kewangan dan lain-lain kepada PMBK dan menyulitkan operasi perbadanan selepas diterajui oleh orang baru.

“Tok guru Nik Aziz yang bertindak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat PMBK perlu memanggil segera (Lembaga Penasihat) dan membuat ketetapan supaya Ariffahmi bercuti serta merta. Ariffahmi sudah pun buat komitmen (meletakkan jawatan) jadi sekarang mereka (Pengerusi dan Lembaga Penasihat) harus buat ketetapan,” katanya.

Sebagai contoh katanya, Ariffahmi boleh dibayar gaji selama tiga bulan tetapi tidak perlu lagi aktif memegang jawatan. Dengan itu katanya, PMBK boleh melantik seorang bagi memangku jawatan CEO PMBK.

“Ini yang sesuai untuk jaga etika. Beliau bukan budak pejabat atau kerani yang masih boleh bertugas walaupun sudah hantar notis tetapi Ariffahmi mungkin akan buat apa-apa keputusan jika terus bertugas.

“Saya tidak tahu apa yang beliau akan buat tetapi kalau beliau terus ke pejabat, dan timbul sesuatu perkara atau buat macam-macam akan cetuskan kontroversi,” jelasnya.

Mahfuz memberikan kenyataan demikian kepada wartawan di Lobi Parlimen ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru mengenai kedudukan CEO PMBK yang telah pun menyatakan kesediaan beliau meletakkan jawatan tetapi tidak serta merta sebaliknya terus bertugas sehingga 23 Mac 2010.

“Ariffahmi kena buat penyerahan tugas,” katanya.

“Disamping itu, apabila pengurusan PMBK yang baru dilantik, PMBK hendaklah membuat ‘external audit’ untuk memastikan peralihan penyambungan tugas akan berjalan dengan elok,” katanya.

Sebelum ini, keputusan supaya beliau meletakkan jawatan dibuat atas nasihat Jawatankuasa PAS Pusat setelah Presiden, Dato’ Seri abdul Hadi, Timbalan Mursyidul Am, Dato’ dr Haron Din, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub serta Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli bertemu Tok Guru Nik Aziz meminta agar menantunya itu berbuat demikian.

Keputusan Ariffahmi untuk terus memegang jawatan itu sehingga 23 Mac 2010 telah menimbulkan rasa kurang senang kalangan pemimpin PAS kerana ia memberikan imej yang tidak baik kepada parti itu jika amalan urus tadbir yang baik diambil kira.

Pandangan terbaru Mahfuz itu sekaligus mengesahkan kebimbangan pimpinan Pusat PAS kerana khuatir dalam tempoh sehingga Mac 2010, ada lagi tindakan yang akan diambil oleh Ariffahmi yang boleh menjejaskan kewibawaan PAS dan maruah kerajaan negeri Kelantan. - jiwokelate.wordpress.com/

4 comments:

Samdol said...

Salam....Setuju dengan cadangan YB Mahfoz. Semoga kemelut Kelantan segera berakhir untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan Tok Guru Nik Aziz....amin

Samdol said...

Salam....Setuju dengan cadangan YB Mahfoz. Semoga kemelut Kelantan segera berakhir untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan Tok Guru Nik Aziz....amin

Anonymous said...

Minta Mahfuz atau PAS tolong bayar pampasan 3 bulan kepada PMBK, jadi member boleh blah segera.

HaHs said...

Pada pendapat akulah!

Biarkanlah dia bagi notis 3 bulan sesuai dengan perjanjian dgn PMBK. Dia dah nak pergi, Biarlah dia pergi cara baik. So far, dia menguruskan dgn baik dan amanah PMBK tu. Dia pun bkn baru saja berkhidmat dgn PMBK. Dia pun perlu persediaan yg rapi dari segi masa dan kewangan sebelum tinggalkan PMBK. Yg menjadi masalah adalah fitnah dan imej buruk yg terpaksa dibawa pergi.

Takkan 3 bulan dia nak buat taik plak dimana semua memandangnya ibarat anjing kepala buruk. TGNA dan dan wazir bukan tunggul dan sentiasa memantau kerja beliau. Profesional dan belaslah sikit buat kenyataan tu.

Kita bkn cerita jwtn sukarela seseorg. Kita ni ceritakan punca rezeki, masa depan dan kerjaya seseorg dan keluarganya. Imej dan nama baik keluarga serta khidmat dan pengorbanan yg selama bertahun2 utk PMBK pun harus dikaji. Kalo beliau difitnah, perlu dibela dan dibersihkan nama sblm keluar.

Bygkan tuan ahli parlimen diminta melepaskan jawatan MP dan naib presiden parti atas sebab buruk sangka dan fitnah, disuruh plak berhenti 24 jam tanpa pembuktian, pengadilan dan pembelaan sekiranya dianiaya, bukankah itu satu penganiayaan pada saudara walau apa jua alasannya?

Fitnah Rasuah yg dilakukan pun tidak terbukti. Hanya kerana beliau anak menantu MB menjadi punca segalanya. Pas ni asalnya kecil je, anak beranak, ipar duai dan saudara mara yg berjuang menaikkan jamaah parti. Nak harapkan org luar pandai spekulasi je, belum tentu hati budi dan kerja ikhlasnya. Apa guna TGNA dipuji tetapi keluarganya ditohmah, dikeji dan dibuat seperti sampah setelah apa yg mereka telah berikan dan korbankan pada parti, kerajaan dan rakyat kelantan amnya.

Anak TGHH dan beberapa pimpinan Pas lain pun aktif serta memegang jawatan parti dan mungkin kerajaan serta anak sykt. LKS dan LGE, Karpal Singh dan anak2, Mahathir dan anak2. Isa Samad dan bapanya, Soi lek dan anak, Pak Lah dan menantu, Taib Mahmud dan anak, Anwar dan keluarga, Lee Kuan Yew dan anak sbg contoh. Takde pun letak jawatan. Yg penting diterima orang ramai.

Kita kena ingat, hari ini hari orang, esok belum tentu hari kita pulak. Aku kesiankan tok guru, dia dan keluarganya, berpada2 lah kalo nak jadi hakim pun. Biar adil! Timbangkan segala segi. Dia meletakkan jawatan bukan atas sebab salah laku atau didakwa rasuah. Dia letak jawatan berkorban bagi menjaga nama baik ayah mertua dan kepimpinan Pas amnya. Tolong jgn layan dia mcm sampah.

Aku ikhlas kesian kat dia dan Tok guru serta Pas kelantan, bkn nak menyinggung hati semua org yg bersetuju dgn perletakan jawatan beliau. Kalo ada yg terasa, minta maaf lah ye.

Wallahu a'lam, wassalam.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese