27 November 2009

Tok Guru Presiden ziarah mangsa banjir



http://buletinonline.net/images/stories/berita14/TG2.JPG

Presiden PAS Sampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

(Buletin) Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Tuman dan Bukit Kulim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan, petang Khamis.

Secara kebetulan, sumbangan itu bertepatan dengan suasana umat Islam sedang membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya Iduladha.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) berkenaan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria, pengagihan bantuan itu dilakukan secara berkumpulan yang melibatkan beberapa pemimpin PAS Kawasan Marang.

Katanya, sebanyak 50 keluarga yang telah kembali ke rumah masing-masing dari pusat pemindahan banjir menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur seperti beras, tepung, minyak masak, susu, ikan kering dan gula.

“Sumbangan daripada PAS kawasan, Dun dan individu ini disampaikan di rumah masing-masing,” ujarnya.

Bagi pihak MTD Pengkalan Berangan, beliau mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang kerana dapat turun sendiri menyampaikan sumbangan tersebut.

Menurutnya, sewaktu kawasan itu dilanda banjir baru-baru ini, Tuan Guru tidak dapat berbuat demikian kerana berada di ibu negara menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

“Presiden PAS dan isteri, To’ Puan Seri Hajjah Zainab Awang Ngah sempat bertanya khabar kepada beberapa orang mangsa banjir sewaktu menyampaikan sumbangan itu,” ujarnya.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang perseorangan yang turut memberikan sumbangan bagi menjayakan program tersebut.

Selainnya, antara pemimpin PAS kawasan yang turut menyampaikan sumbangan itu ialah Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Ahmad Maarof Ismail, Hajjah Zarani Othman (Ketua Muslimat), Hassan Jusoh (setiausaha) dan Haji Mohd Draman (penasihat MTD).

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese